6 Idea Belanja Diri Sendiri Tanpa Keluar Duit

Kerja tak berhenti, masih tak cukup nak belanja diri sendiri?

Seharian bekerja, menghadap laptop dan meeting… rasa macam tak cukup masa untuk buat perkara lain. Buka pula Instagram, nampak kawan-kawan letak gambar makan di cafe, beli PS5, #OOTD baju baru lepas tu hashtag #selfreward.

Kita pun tengok akaun bank, duit pun cukup-cukup untuk makan sampai hujung bulan. Termenung panjang mengenang nasib badan? Janganlah macam tu.

Ada macam-macam cara untuk anda pun boleh sama bergembira & manjakan diri tanpa perlu keluarkan duit pun.

1. Belanja diri anda 1 jam tidur petang tanpa gangguan

How to Nap

Kami pasti ramai yang tak cukup tidur melayan kerja dan kadangkala saja tahan mata sebab nak habiskan maraton di Netflix. Beri masa untuk mata, minda dan badan anda berehat secukupnya.

Tukar cadar bantal baharu untuk tidur lebih nyenyak. Tarik langsir biar gelap, letakkan telefon dalam mod senyap. Nikmati waktu tidur anda dan bangun dengan rasa lebih bertenaga. Anda pasti tak menyesal.

2. Belanja diri anda 1 hari cuti bekerja tanpa sebarang sebab

When it's your off day - TO-DO List | Make a Meme

Selain cuti sakit, bila kali terakhir anda minta cuti tanpa sebarang sebab? Pilih satu hari yang anda tak perlu buka e-mel, tak perlu balas mesej kerja dan tak perlu fikir apa-apa.

Ambil dan nikmati cuti anda kerana itu hak anda. Boleh tulis Cuti Tahunan / Annual Leave di ruang “Sebab” jika perlu. Anda tak perlukan alasan lain.

3. Baca semula buku atau komik yang paling anda suka

Tutup telefon. Tutup laptop.

Selongkar balik rak atau kotak buku yang dah lama tak sentuh. Pilih satu buku untuk anda habiskan dalam jangka masa terdekat. Slot kan 30 min – 1 jam setiap hari supaya anda berjaya habiskan membaca. Waktu santai macam ni lagi seronok kalau dapat secawan kopi atau teh panas.

4. Ambil angin di luar rumah

Neighbor GIFs | Tenor

Cuaca nampak cantik? Keluar dan pusing-pusing taman perumahan anda, jenguk kawasan kejiranan. Perasan tak rumah depan dah tukar kereta baru? Abaikan.

Tarik nafas perlahan-lahan dan teruskan perjalanan. Nikmati udara segar, riuh-rendah orang berniaga atau pun keletah kanak-kanak bermain. Bebaskan minda sebentar dan amati persekitaran anda.

5. Gunakan mata ganjaran untuk membeli barang atau makanan

Add some fun on your way to FIRE! - Burning Desire For FIRE

Buka aplikasi e-Wallet anda dan semak mata ganjaran yang terkumpul. Mungkin anda tak sedar rupanya ada cukup points untuk tebus pizza percuma!

6. Luangkan masa dengan hobi anda sepuas-puasnya

Why Millennials Are Suddenly So Obsessed With Houseplants | HuffPost Life

Main game? Tanam pokok? Daki bukit? Karaoke?

Apa sahaja yang anda ingin lakukan, go for it. Hobi yang baik adalah terapi kepada minda dan fizikal anda. Sama ada aktiviti tenang atau pun lasak, waktu lapang anda pasti lebih berkualiti dengan aktiviti yang memuaskan hati.

Yang penting, cipta masa untuk berehat seketika…

Ganjaran terbaik untuk diri sendiri adalah kesihatan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian. Kekangan wang ringgit sebenarnya boleh membuatkan kita menjadi lebih kreatif dalam bergembira, kerana wang bukanlah satu-satunya cara untuk kita menikmati kehidupan.

Tak perlu banding dengan yang lain, belanja diri kita cara kita.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 3 Mac 2021.