Insurans Hayat Jangka Pendek: 2 Kelebihan Jika Anda Mencari Polisi Insurans

by Tiqa

Insurans Hayat merupakan salah satu bentuk perlindungan kewangan yang kita perlukan.

Hal ini kerana, kita tidak tahu bila dan di mana sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, hilang upaya dan kematian akan berlaku.

Antara jenis insurans yang sering menjadi pilihan ialah insurans hayat seumur hidup. Namun, tidak semua orang bersedia untuk mencarum dalam jenis insurans ini kerana ia memerlukan komitmen jangka masa panjang.

Jika anda tergolong dalam kategori ini, insurans hayat jangka pendek adalah salah satu alternatif yang anda boleh pertimbangkan.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apa Itu Insurans Hayat Jangka Pendek?

Berbeza dengan insurans hayat seumur hidup, insurans hayat jangka pendek memberikan perlindungan dalam tempoh masa tertentu.

Tempoh masa akan dipersetujui oleh anda dan syarikat insurans. 

Sebagai contoh, sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, penama anda akan dibayar untuk manfaat kematian.

Dengan kata lain, ia adalah jaminan sekiranya berlaku kematian dalam tempoh polisi.

Anda mungkin boleh melanjutkan tempoh polisi apabila ia tamat tetapi premium bulanan yang baharu bergantung pada umur dan keadaan kesihatan anda pada ketika itu.

2 Kelebihan Insurans Hayat Jangka Pendek

  1. Pilihan insurans dalam tempoh yang singkat dan sementara

Jenis insurans ini merupakan pilihan yang baik untuk keperluan sementara. 

Insurans jangka masa pendek memberikan individu lebih banyak fleksibiliti untuk menyesuaikan tahap perlindungan insurans mengikut keperluannya seseorang kerana tidak terikat dengan komitmen jangka panjang.

  1. Membantu bagi merancang pelan kewangan anda

Seperti yang telah dinyatakan, insurans hayat jangka pendek adalah pelan dalam tempoh yang singkat dan memberikan pelbagai pilihan kepada anda untuk mendapatkan pelan kewangan yang sesuai untuk diri anda.

Insurans hayat dengan tempoh polisi yang pendek juga boleh membantu dalam perancangan kewangan individu bagi jangka pendek. Contohnya, individu bujang boleh memanfaatkan pelan kewangan bersama perlindungan insurans dengan tempoh polisi yang pendek sementara belum berkahwin, dan boleh mendapatkan pelan insurans jangka panjang dengan jumlah perlindungan yang lebih tinggi apabila telah berkeluarga.

Pilihan Insurans Hayat Jangka Pendek

Sekarang, anda sudah paham mengetahui insurans ini dan kelebihannya. Persoalannya, di manakah anda boleh mendapatkannya?

Kami mengesyorkan e-Treasure 3 Insurance daripada Etiqa. Tempoh pelan insurans ini adalah selama 3 tahun.

Dengan ini, anda bukan sahaja mendapat perlindungan insurans dalam tempoh yang dinyatakan, anda juga boleh membuat simpanan pada masa yang sama.

Ini merupakan pelan insurans yang menawarkan perlindungan kematian dan jaminan bayaran tunai tahunan sehingga 2.5% daripada jumlah keseluruhan premium yang dibayar.

Pelan simpanan insurans ini disertakan dengan pembayaran tunai yang dijamin meningkat setiap tahun dalam tempoh masa 3 tahun.

Etiqa e-Treasure 3 adalah pelan Insurans Hayat Jangka Pendek dengan penerimaan serta- merta semasa mendaftar.

Ciri-ciri utama:

  1. Pembayaran Tunai Tahunan Dijamin

Dapatkan jumlah tunai tahunan yang meningkat setiap tahun, sehingga 2.5%* daripada jumlah keseluruhan premium yang dibayar.

*Bayaran Tunai Dijamin, dengan syarat premium dibayar tepat pada masanya.

  1. Jaminan Bayaran Matang 

Anda akan menerima 100% daripada jumlah premium yang dibayar apabila polisi matang.

  1. Jaminan Penerimaan 

Semua permohonan diluluskan serta-merta tanpa pemeriksaan kesihatan.

  1. Manfaat Kematian

Pembayaran tunai sebanyak 105% daripada jumlah premium yang dibayar akan dikreditkan terus ke akaun orang tersayang apabila anda meninggal dunia.

Bagaimana ia bermula: 

  • Hari 1 untuk Tahun Polisi Pertama 

Mulakan pelan anda dengan premium tahunan RM30,000.

  • Akhir Tahun Polisi Pertama

Anda akan menerima Jaminan Bayaran Tunai Tahunan sebanyak RM600 (2% daripada jumlah premium yang dibayar)

  • Hari 1 Tahun Polisi Ke-2

Anda terus membayar premium tahunan anda sebanyak RM30,000

  • Akhir Tahun Polisi Ke-2

Dengan jumlah premium yang dibayar sebanyak RM60,000, anda akan menerima Jaminan Bayaran Tunai Tahunan sebanyak RM1,350 (2.25% dari jumlah premium yang dibayar)

  • Hari 1 Tahun Polisi Ke-3

Pada tahun terakhir polisi, anda TIDAK perlu membuat pembayaran premium.

  • Akhir Tahun Polisi Ke-3

Apabila polisi anda matang, anda akan menerima:

  • Jaminan Bayaran Tunai Tahunan sebanyak RM1,500 (2.5% daripada jumlah premium yang dibayar)
  • Dan, Jaminan Bayaran Matang sebanyak RM60,000 (100% daripada jumlah premium yang dibayar)

Oleh itu, dalam tempoh 3 tahun, anda akan mendapat jumlah bayaran tunai sebanyak RM63,450.

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda mempunyai pilihan untuk memilih jenis insurans yang sesuai dengan situasi anda.

Insurans Hayat Jangka Pendek merupakan satu pilihan yang baik dan terdapat kelebihan tersendiri.
Untuk maklumat lanjut mengenai Etiqa e-Treasure 3, anda boleh klik disini.

0 comment
0

You may also like