Perbaharui Takaful Kereta Etiqa Anda Melalui Aplikasi Etiqa+ & Menang!
Ingin membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris? Klik sini.
Dah sampai masanya untuk memperbaharui pelan takaful kereta anda?
Jangan mengeluh dahulu…
Kami ada berita baik untuk anda! Menangi sebuah iPhone 15 Pro Max (256GB), sebuah dash cam jenama 70mai (4K A800S), atau baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20 apabila anda memperbaharui pelan takaful kereta Etiqa anda melalui aplikasi Etiqa+!
Hanya sertai kempen “Renew & Win with Etiqa+” antara Julai dan Disember 2024 untuk merebut peluang memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan! Terbuka kepada pelanggan MotorTakaful.com sedia ada, anda boleh menyertai kempen ini dengan memuat turun aplikasi Etiqa+ dan memperbaharui pelan takaful kereta Etiqa anda melalui aplikasi serba boleh ini.
Dengan 14 Pemenang Bulanan, Anda Mungkin yang Bertuah!
Setiap bulan sepanjang kempen “Renew & Win with Etiqa,” 14 orang pelanggan akan dipilih secara rawak untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik:
Kategori Hadiah | Butiran Hadiah | Jumlah Pemenang untuk Setiap Bulan Kempen |
Hadiah Tempat Pertama | iPhone 15 Pro Max 256GB bernilai RM5,999 | 1 |
Hadiah Tempat Kedua | Papan pemuka 70mai 4K A800S bernilai RM690 | 3 |
Hadiah Sagu Hati | Baucar Touch ‘n Go (TNG) eWallet bernilai RM20 | 10 |
Andaikan pelan takaful kereta Etiqa anda akan tamat tempoh pada 30 September 2024, anda akan layak untuk cabutan bulan Ogos jika anda memperbaharui pelan anda melalui aplikasi Etiqa+ dalam bulan Ogos. Sekiranya anda memperbaharui pelan anda dalam bulan September, anda akan layak untuk cabutan bulan September.
Para pemenang akan diumumkan di laman Facebook serta Instagram Etiqa pada hari ke-15 bulan berikutnya. Tiada akaun Facebook atau Instagram? Jangan risau. Kami juga akan menghubungi anda melalui aplikasi Etiqa+ serta e-mel.
Bagaimana Cara Memperbaharui Takaful Kereta Etiqa melalui Aplikasi Etiqa+?
Tak perlu keluar rumah semata-mata untuk memperbaharui pelan perlindungan kereta anda. Dengan aplikasi Etiqa+, anda boleh memperbaharui pelan takaful kereta Etiqa anda secara dalam talian! Hanya gunakan telefon pintar anda untuk menyelesaikannya dalam masa lima minit atau kurang!
Begini caranya:
- Langkah 1: Log masuk aplikasi Etiqa+, dan klik pada “My Policy” pada bahagian bawah halaman utama.
- Langkah 2: Klik pada “Expired”, kemudian pilih pelan takaful motor anda.
- Langkah 3: Isi butiran yang diminta, dan pilih perlindungan tambahan yang anda perlukan.
- Langkah 4: Semak butiran, buat pembayaran (sumbangan) secara atas talian, dan anda akan terus dilindungi oleh Etiqa!
Perlukan bantuan? E-mel pertanyaan anda kepada kami di etiqamysupport@etiqa.com.my atau hubungi kami di 1-300-13-8888.
Ketahui lebih lanjut:
- Perlindungan Kereta: Nilai Pasaran VS Nilai Yang Dipersetujui
- Pokok Tumbang Atas Kereta: Bolehkah Anda Membuat Tuntutan Insurans atau Takaful?
Bersedia untuk Menang?
Kalau anda sudah lama teringin untuk memakai iPhone terkini atau mungkin sedang mencari dash cam berkualiti tinggi, jangan lepaskan peluang ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dalam sebilangan pelanggan kami, anda mungkin yang bertuah.
Tak perlu tunggu sehingga pelan takaful motor anda tamat tempoh. Terus muat turun aplikasi Etiqa+ melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery, dan perbaharui pelan takaful kereta Etiqa anda hari ini!
Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 1 Julai 2024.