e-Filing 2024: Maksimumkan Pelepasan Cukai Insurans dan Takaful Anda
Caruman premium insurans atau sumbangan takaful adalah antara jenis pelepasan cukai yang layak anda tuntut.
Lebih banyak anda tahu tentang pelepasan cukai, lebih banyak anda jimat. Kami ada panduan untuk anda, tetapi terlebih dahulu…
Apakah pelepasan cukai yang ditawarkan bagi insurans atau takaful?
Berdasarkan senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 yang digariskan oleh LHDN, anda layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful seperti berikut:
Pelepasan Cukai Individu | Tuntutan Yang Dibenarkan |
Premium insurans nyawa / Sumbangan takaful keluarga / Caruman sukarela tambahan kepada KWSP | Sehingga RM3,000 |
Caruman wajib atau sukarela kepada KWSP / skim yang diluluskan | Sehingga RM4,000 |
Insurans / Takaful perubatan dan pendidikan (Individu / Pasangan / Anak) | Sehingga RM3,000 |
Jika ini adalah kali pertama anda membayar cukai, membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful bukanlah sekadar meletakkan jumlah caruman semata-mata.
Lihat panduan berikut untuk memastikan tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful anda lebih menyeluruh.
#1 – Dapatkan penyata premium atau sumbangan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda
3 sebab anda perlukan penyata ini:
- Sebagai bukti anda telah membuat caruman bagi mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful yang berkenaan.
- Dapat mengetahui nilai tepat yang telah anda carum atau sumbangkan sepanjang tempoh perlindungan.
- Melihat senarai perlindungan yang anda miliki (bersama syarikat insurans atau pengendali takaful tersebut).
Jika anda adalah pelanggan Etiqa, anda akan menerima penyata premium atau sumbangan secara automatik menerusi e-mel atau SMS.
Untuk mendapatkan penyata anda menerusi My Account, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Langkah 1: Log masuk ke My Account.
- Langkah 2: Klik pada My Documents.
- Langkah 3: Klik pada tahun terkini dan nombor polisi/sijil untuk melihat penyata tahunan anda.
- Langkah 4: Muat turun penyata tahunan anda.

#2 – Kenal pasti jenis atau kategori insurans atau takaful anda
Lain jenis perlindungan, lain had tuntutan yang anda layak.

Rujuk ruang bertanda merah di penyata anda seperti di atas semasa mengisi ruang pelepasan cukai insurans atau takaful seperti di bawah:


Sebagai individu yang bermastautin di Malaysia, anda layak membuat tuntutan berasingan bagi jenis-jenis perlindungan berikut:
- Pelan insurans nyawa atau takaful keluarga
- Pelan insurans atau takaful pendidikan dan perubatan
Jadi, pastikan anda mengisi borang tersebut dengan maklumat yang tepat seperti jenis perlindungan yang anda miliki, dan bukan itu sahaja… kami juga ada cara untuk anda dapatkan lebih lagi.
#3 – Gunakan alternatif untuk membuat tuntutan 100% bagi kategori berbeza
Lihat alternatif yang dicadangkan untuk membolehkan anda membuat tuntutan pada kadar yang penuh.
Kategori | Jenis Perlindungan |
Premium Insurans Nyawa / Sumbangan Takaful Keluarga | Nyawa / Keluarga. Boleh dituntut 100% Hilang Upaya Kekal. Boleh dituntut 100% Nyawa / Pendidikan. Boleh dituntut 100% Alternatif: Tuntut di ruang “Insurans pendidikan dan perubatan” jika penama adalah anak anda. |
Insurans atau Takaful Perubatan dan Pendidikan | Pendidikan. Boleh dituntut 100% Perubatan. Boleh dituntut 100% Penyakit Kritikal. Boleh dituntut 60% Alternatif: Tuntut 100% di ruang “Premium insurans nyawa” jika insurans atau takaful penyakit kritikal adalah di bawah polisi insurans nyawa atau sijil takaful keluarga anda. |
Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) | Anuiti / Anuiti Tertunda. Boleh dituntut 100% |
Selesai menuntut pelepasan cukai, pastikan anda terus dilindungi dengan pelan yang terbaik.
Selain pelepasan cukai bagi caruman premium insurans atau sumbangan takaful, tuntut juga pelbagai pelepasan cukai lain untuk membantu mengurangkan jumlah cukai anda.
Dengan kemudahan di hujung jari, pastikan anda menyelesaikan e-Filing anda selewat-lewatnya pada 15 Mei 2024. Anda boleh melakukannya dengan pantas secara dalam talian di portal MyTax.
Jika anda belum memiliki perlindungan Etiqa, kami ingin mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami. Sertai kami dengan mendapatkan perlindungan mampu milik yang bersesuaian dengan anda.
Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 28 April 2024.