·

Kios Layan Diri JPJ: Renew Takaful Kereta Etiqa Di Sini

Bila sebut tentang kios layan diri JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), perkara yang mungkin muncul dalam fikiran anda adalah tempat untuk membayar saman. Sebenarnya, banyak lagi urusan yang boleh dibuat di sini termasuk memperbaharui lesen memandu dan road tax kereta.

Yang terbaharu, anda juga boleh renew takaful kereta Etiqa di kios layan diri JPJ terpilih. 

Renew Takaful Kereta Etiqa Di Mana-Mana Kios Layan Diri JPJ Ini

Renew Takaful Kereta Etiqa di Kios Layan Diri JPJ Terpilih

Pertama sekali, anda hanya boleh memperbaharui takaful atau insurans kereta di kios layan diri JPJ untuk kenderaan persendirian. Ini tidak termasuk kenderaan untuk kegunaan khas, kenderaan awam, kenderaan e-hailing dan kenderaan milik syarikat.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya tersedia di lima cawangan JPJ iaitu:

📍JPJ Wangsa Maju

📍JPJ Bangi

📍Lobi Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya

📍JPJ Seremban

📍JPJ Temerloh

Klik pada mana-mana lokasi di atas untuk melihat peta menuju ke sana.

Begini Caranya Untuk Renew Takaful Kereta Etiqa Di Kios Layan Diri JPJ

Mudah sahaja untuk memperbaharui takaful kereta Etiqa dan road tax di kios layan diri JPJ. Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Klik pada “Pembaharuan Insurans Kenderaan” 

Pada skrin kios, klik pada “Pembaharuan Insurans Kenderaan” di bawah “Lain-Lain Perkhidmatan.”

2) Masukkan IC dan cap ibu jari (thumb print)

Untuk tujuan pengesahan, masukkan kad pengenalan dan thumb print anda.

3) Isi butiran kenderaan dan pilih perlindungan tambahan

Masukkan nombor plat kereta, poskod dan nombor kad pengenalan anda. Seterusnya, pilih jenis perlindungan sama ada pelan Komprehensif (Comprehensive), Pihak Ketiga (Third Party) atau Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (Third Party, Fire and Theft). 

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, pilih pelan Komprehensif serta perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin kenderaan dan perlindungan daripada bencana termasuk banjir, ribut dan tanah runtuh.

4) Pilih Etiqa General Takaful Berhad dan isi butiran yang diperlukan

Anda akan dapat melihat maklumat berkaitan kenderaan anda termasuk model kenderaan, jenis perlindungan, jumlah perlindungan (sum covered) serta pengendali takaful dan insurans yang tersedia. 

Klik pada “Etiqa General Takaful Berhad” untuk melindungi kereta anda dengan pelan patuh Shariah. Isi butiran yang diperlukan termasuk nombor telefon dan alamat e-mel anda.

Bersama Etiqa, anda akan mendapat manfaat percuma, Pandu Kurang Lebih Jimat (Drive Less Save More) secara automatik. Dengan manfaat ini, pulangan tunai sehingga 30% menanti anda jika anda kurang memandu. Memang berbaloi!

5) Bayar sumbangan takaful kereta dan terima sijil takaful melalui e-mel 

Semak butiran yang tertera dan terus bayar sumbangan takaful anda sama ada menggunakan kad debit atau kad kredit. Anda akan terus menerima sijil takaful kereta anda melalui e-mel yang didaftarkan.

6) Terus renew road tax

Dah siap renew takaful, bolehlah terus renew road tax kereta anda di kios yang sama. Cepat, mudah dan selamat. 

Mengapa Anda Patut Memilih Takaful Kereta Etiqa?

Selain manfaat percuma Pandu Kurang Lebih Jimat, anda juga dapat menikmati pelbagai manfaat lain termasuk:

  • Towing percuma sehingga 200km
  • Bantuan tepi jalan 24 jam
  • Perkongsian lebihan (surplus sharing) sekiranya tiada tuntutan dibuat, selain daripada  tuntutan cermin, knock-for-knock dan aksesori*
  • Aplikasi Etiqa+ yang memudahkan anda untuk memohon towing atau bantuan kecemasan dengan penjejak masa nyata (real-time tracker), mencari bengkel panel terdekat dan membuat tuntutan akibat kemalangan dan sebagainya 

*Tertakluk pada terma dan syarat. 

Tak sempat ke kios layan diri JPJ? Tak perlu risau. Anda juga boleh renew takaful kereta Etiqa melalui laman web MotorTakaful.com atau melalui aplikasi Etiqa+. Hanya muat turun aplikasi Etiqa+ melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk pembaharuan takaful kereta di hujung jari anda. Untuk pembaharuan road tax pula, selesaikannya melalui aplikasi MyJPJ di mana jua anda berada. 


Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my) I Ahli PIDM

Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 1 November 2024.