·

Insurans Rumah – Guna e-Cleva Untuk Claim Barang Rumah Yang Rosak

Siapa sangka? Nak tuntut insurans untuk kerosakan barang di rumah pun boleh dibuat menerusi satu panggilan video sahaja.

Dalam kita semua masih takut-takut untuk keluar rumah, Etiqa kini menyediakan perkhidmatan e-Cleva untuk memudahkan anda menikmati manfaat-manfaat yang ditawarkan di dalam pelan perlindungan anda menggunakan telefon pintar.

Terus ke cara menggunakan e-Cleva.

e-cleva video claims

Rumahku, syurgaku.

Jika sebelum ini kediaman anda adalah tempat anda berehat & meluangkan masa bersama keluarga. Kini, kediaman anda sudah jauh lebih dari sekadar itu.

Berapa lama agaknya masa yang diluangkan di rumah hari ini berbanding 2 tahun yang lepas? 

(Maklumat di atas adalah anggaran kasar berdasarkan pengalaman peribadi penulis artikel ini)

Jika sebelum ini separuh hari anda berada di luar rumah, anda kini mungkin antara mereka yang memilih atau terpaksa bekerja di rumah sepenuh masa atas arahan pihak pengurusan pejabat.

Perkara ini juga boleh menyebabkan barangan rumah anda lebih terdedah kepada kerosakan atau kemalangan berikutan penggunaan yang jauh lebih kerap bagi memenuhi keperluan anak-anak, pasangan, ahli keluarga lain atau anda sendiri yang berada di rumah.

Malah, dalam keadaan semasa dengan ramai yang kehilangan pekerjaan dan terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup, rumah anda mungkin menjadi sasaran penjenayah yang memilih jalan mudah untuk mendapatkan wang.

🏠 Insurans / Takaful Rumah Etiqa – Melindungi Bangunan & Barangan Rumah Anda.

Pelan Insurans / Takaful Pemilik Rumah & Isi Rumah Etiqa menyediakan perlindungan untuk menampung kos pembaikan atau penggantian struktur bangunan (seperti pagar, dinding) atau barangan peribadi yang rosak di rumah anda kesan daripada situasi-situasi berikut:

  1. Tong gas di dapur anda bocor lalu menyebabkan kebakaran atau letupan.
  2. Tangki atau paip anda pecah lalu menyebabkan limpahan dan banjir di dalam rumah.
  3. Rumah anda dimasuki pencuri yang bertindak ganas dan menggunakan kekerasan.
  4. Haiwan liar memasuki dan menyerang rumah anda.
  5. Kenderaan terbabas dan menghentam struktur rumah anda.
  6. Rumah anda rosak akibat dilanda banjir kilat, gempa bumi, tanah runtuh, atau ribut taufan (dengan premium / sumbangan tambahan).

Anda mengalami kerosakan kecil dan inginkan proses tuntutan insurans / takaful rumah yang pantas?

Sebagai pelanggan Etiqa, anda boleh mendapatkan bantuan segera dengan kaedah tuntutan yang mudah dan efektif 👇

Gunakan e-Cleva

Khidmat panggilan video pantas & pintar untuk tuntutan insurans / takaful rumah anda.

Kelebihan utama bersama Insurans / Takaful Pemilik Rumah & Isi Rumah Etiqa adalah anda dapat menikmati proses membuat tuntutan dengan semudah satu panggilan video menggunakan telefon pintar anda.

Menerusi khidmat panggilan video ini, anda boleh menunjukkan secara langsung kerosakan biasa yang dialami seperti perabot yang rosak akibat ditenggelami air, untuk menerima pampasan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Hebat kan?

  1. Hubungi talian e-Cleva di 1-300-88-1007
  2. Terima SMS untuk memulakan panggilan video bagi menunjukkan kerosakan yang dialami
  3. Terima perjanjian tuntutan sejurus selepas panggilan video tamat
  4. Selesaikan tuntutan dengan menandatangani surat tawaran pampasan secara maya

Tiada kerosakan yang terlalu kecil dan tiada cara yang sepintar e-Cleva

Tahukah anda? Perkhidmatan e-Cleva turut tersedia bagi tuntutan kemalangan kenderaan. 

Lindungi kereta atau rumah? Dua-dua lah!

Langgan Sekarang Untuk Potongan Sebanyak 15%

Eksklusif untuk permohonan dalam talian sahaja, pelan perlindungan anda kini boleh dilanggani dengan hanya beberapa klik. Pilih Etiqa hari ini untuk menikmati kemudahan dari waktu anda mendaftar sehinggalah ke saat anda membuat tuntutan.

Langgan Insurans Pemilik Rumah & Isi Rumah

Langgan Takaful Pemilik Rumah & Isi Rumah

Selain itu, anda turut boleh mendapatkan pelan ini di mana-mana cawangan Etiqa yang terdekat atau hubungi ejen Etiqa yang berdaftar hari ini.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 21 September 2021.