·

Takaful Perubatan: Perlindungan Majikan VS Peribadi

Gambar: Unsplash

Adakah pelan takaful perubatan peribadi masih diperlukan sekiranya syarikat anda menyediakan perlindungan bagi kos perubatan?

Dua perlindungan ini hampir serupa dan anda mungkin berpendapat… satu cukuplah, buat apa berlebih-lebih?

Kami di Etiqa sentiasa ingin pastikan anda peka dan maklum dengan setiap pilihan anda. Anda perlu mengenal pasti perbezaan dan peranan takaful perubatan peribadi. 

Mari kita mulakan dengan sedikit pengenalan ringkas.

Perlindungan perubatan majikan

person holding green flower bud
Sumber gambar: Unsplash.com

Kebiasaannya, pelan yang diberikan oleh pihak majikan lebih dikenali sebagai perlindungan perubatan berkelompok. Bergantung kepada pelan yang diambil oleh pihak majikan anda, kad perubatan ini membolehkan anda layak menerima perlindungan perubatan apabila anda jatuh sakit.

Kad takaful perubatan majikan VS peribadi

Manfaat tahunan terhad VS fleksibel

Bagi sesetengah syarikat yang mempunyai jumlah pekerja yang ramai, nilai manfaat tahunan yang boleh dituntut mungkin jauh lebih rendah. Malah, manfaat anda mungkin terhad pada nilai tetap (contoh: RM50,000 setahun).

Berbanding dengan takaful perubatan peribadi, anda boleh memilih nilai manfaat tahunan yang diingini dan tanpa had sepanjang hayat keseluruhan untuk kemasukan ke hospital, mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda. 

Had tahunan keseluruhan anda juga akan diperbaharui setiap tahun untuk memastikan kos perubatan anda terjamin di sepanjang tempoh sijil.

Contohnya, anda mengambil pelan perlindungan sehingga RM120,000 setahun pada Januari 2020.

Pada April 2020, anda telah membuat tuntutan maksimum. 

Pada Januari 2021, anda masih layak menuntut sehingga RM120,000 kerana nilai tuntutan anda telah diperbaharui. 

Tempoh perlindungan sementara VS sehingga hari tua

Kad perubatan yang disediakan oleh majikan mungkin hanya melindungi ketika anda bekerja di syarikat mereka. Ini adalah situasi biasa tetapi berisiko tinggi melihatkan peningkatan kes penutupan syarikat atau pengurangan pekerja yang berlaku, kesan dari krisis pandemik di seluruh dunia.

Tetapi, tidak dengan perlindungan peribadi. Anda akan layak menerima perlindungan sehingga hari tua, di mana kos perubatan mungkin lebih tinggi berbanding ketika waktu muda.

Bagaimana Etiqa boleh membantu?

Anda merasa stabil bersama syarikat sedia ada tetapi inginkan perlindungan tambahan.

Sumber gambar: Unsplash.com

Bermula dari RM1.77 sehari, Takaful e-Medical Pass Etiqa boleh membantu sekiranya bantuan kewangan tambahan diperlukan untuk membayar bil perubatan anda.

Mari lihat contoh situasi di bawah:

Melissa bekerja di Syarikat A yang menawarkan perlindungan perubatan sebanyak RM20,000. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Bil perubatan yang dikenakan adalah berjumlah RM50,000.

  • Jika Melissa memiliki perlindungan dari pihak majikan sahaja: Dia perlu membayar sendiri baki RM30,000 yang tidak dilindungi oleh perlindungan majikan.
  • Jika Melissa memiliki perlindungan majikan + Takaful e-Medical Pass Etiqa: Etiqa akan membayar baki RM30,000 tersebut.
  • Jika Melissa sudah diberhentikan kerja tetapi memiliki Takaful e-Medical Pass Etiqa: Etiqa akan membayar RM50,000 bil perubatan tersebut.

Nota: Jumlah had perlindungan peribadi adalah bergantung kepada sijil yang diambil oleh setiap individu. Sijil anda mestilah aktif ketika sebarang tuntutan dibuat. Tertakluk pada terma dan syarat.

Antara kelebihan yang lain adalah:

  1. Perlindungan tanpa had sepanjang hayat.
  2. Tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan.
  3. Kemasukan ke hospital tanpa tunai.
  4. Perlindungan bagi kos rawatan berkaitan COVID-19.
  5. Pilihan deduktibel untuk sumbangan bulanan yang lebih rendah.

Dapatkan perlindungan untuk ketenangan menghadapi saat-saat yang tidak diduga. Waktu yang terbaik untuk bermula adalah sekarang.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 28 April 2021.