Perbezaan Insurans dan Takaful: Fahami Konsep, Prinsip dan Manfaat

Bayangkan anda sedang mencari pelan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga. Setelah melihat beberapa laman web, anda teragak-agak hendak memilih antara insurans dan takaful. Terdetik dalam hati anda:
“Eh, apa perbezaan antara insurans dan takaful? Macam sama saja…”
Kalau anda terfikir perkara yang sama, anda tidak keseorangan. Ramai lagi di luar sana yang juga keliru kerana kedua-duanya kelihatan serupa, sedangkan sebenarnya berbeza.
Secara umumnya, insurans dan takaful berkongsi tujuan yang sama iaitu untuk melindungi anda daripada risiko kewangan apabila berlaku musibah tertentu, seperti kemalangan kereta akibat ditimpa pokok, kecurian barangan rumah atau kehilangan bagasi semasa bercuti. Dengan membayar premium insurans atau mencarum sumbangan takaful, syarikat insurans atau pengendali takaful akan membayar kos yang berkaitan atau memberikan pampasan berdasarkan kontrak insurans atau sijil takaful yang dipersetujui. Kedengaran sama, tetapi perbezaan antara insurans dan takaful terletak pada konsep, prinsip dan manfaat yang ditawarkan.
Artikel ini menjelaskan beberapa perbezaan utama antara insurans dan takaful untuk membantu anda memilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda.
Apa itu insurans dan takaful?

Insurans merupakan suatu bentuk perlindungan kewangan konvensional yang lebih dikenali ramai berbanding takaful. Konsepnya mudah iaitu anda membayar premium kepada syarikat insurans yang kemudiannya menanggung risiko jika berlaku situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda. Premium yang dibayar menjadi milik syarikat dan keuntungan daripada pelaburan menjadi milik syarikat insurans serta pemegang saham mereka.
Selain itu, insurans konvensional tidak tertakluk pada prinsip patuh syariah, yang bermaksud syarikat insurans bebas melabur dalam mana-mana sektor yang sah di sisi undang-undang, tetapi tidak semestinya menepati prinsip Islam.
Berbeza dengan insurans, takaful ialah pelan perlindungan patuh syariah yang bebas daripada sebarang unsur yang bercanggah dengan prinsip Islam seperti riba’ (caj faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (perjudian). Berasaskan konsep kerjasama, saling membantu dan tanggungjawab bersama, anda mencarum sejumlah wang sebagai sumbangan ke dalam sebuah dana yang diuruskan oleh pengendali takaful untuk membantu peserta-peserta takaful dalam situasi-situasi yang dilindungi. Sebagai contoh, sekiranya kereta anda dilindungi pelan komprehensif Takaful Kereta Etiqa dan ditakdirkan terlibat dalam kemalangan, Etiqa akan menanggung kos pembaikan atau penggantian kereta anda.
Antara ciri unik takaful yang tidak ditawarkan oleh insurans ialah perkongsian lebihan antara pengendali takaful dan peserta-peserta takaful mengikut nisbah perkongsian yang dipersetujui. Lebihan ini merujuk pada jumlah wang dalam dana takaful setelah menolak perbelanjaan seperti jumlah tuntutan dan kos pengurusan dan setelah mengambil kira keuntungan pelaburan.
Sebagai peserta takaful am seperti Takaful Kereta, Takaful TripCare 360 dan Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah, anda boleh menerima lebihan sekiranya:
- Sijil takaful anda aktif sekurang-kurangnya selama setahun,
- Caruman takaful anda telah diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh perlindungan,
- Sijil takaful anda kekal aktif sepanjang tempoh perlindungan,
- Bagi peserta Takaful Kereta, tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan kecuali tuntutan cermin, Knock-for-Knock (KFK) atau aksesori.
Adakah insurans dan takaful sama?
Walaupun insurans konvensional dan takaful memberi manfaat yang hampir sama, kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara seperti yang dikupas di atas.
Supaya lebih mudah difahami, jom lihat jadual ringkas di bawah yang membandingkan insurans dan takaful:
|
Aspek 4446_cb8a8d-ad> |
Insurans 4446_bcee21-c0> |
Takaful 4446_0985ca-fc> |
|---|---|---|
|
Prinsip 4446_1af95f-04> |
‘Aqd al-bay’ (jual beli) 4446_4901ae-60> |
|
|
Risiko 4446_0d1716-bc> |
Pemindahan risiko daripada pemegang polisi insurans kepada syarikat insurans 4446_becd91-5b> |
Perkongsian risiko dan keuntungan dengan peserta-peserta takaful dan pengendali takaful 4446_4f80c3-6c> |
|
Pelaburan Dana 4446_f4a158-13> |
Pelaburan dalam mana-mana entiti yang sah di sisi undang-undang, termasuk sektor yang mengandungi unsur-unsur tidak patuh syariah 4446_3f422a-df> |
Semua pelaburan hendaklah patuh syariah dan tidak melibatkan unsur-unsur riba’, perjudian atau ketidakpastian 4446_dc11c1-b8> |
|
Keuntungan dan Lebihan 4446_6d96ff-01> |
Keuntungan dan lebihan menjadi milik syarikat insurans dan pemegang saham insurans 4446_c8ff93-b9> |
Lebihan dana dikongsi bersama peserta-peserta takaful dan pengendali takaful atau disalurkan kepada kebajikan dan amal jariah 4446_484e08-7c> |
Kesimpulan

Secara ringkasnya, insurans dan takaful sama-sama berfungsi untuk melindungi anda daripada risiko kewangan apabila berlakunya musibah. Perbezaan mereka terletak pada konsep, prinsip serta cara pengurusan dana.
i. Insurans – Berasaskan konsep jual beli; risiko ditanggung oleh syarikat insurans sebagai pertukaran kepada premium yang dibayar; dan pelaburannya tidak terikat dengan prinsip patuh syariah.
ii. Takaful – Berteraskan konsep tolong-menolong; risiko dan lebihan dana dikongsi bersama peserta dan pengendali takaful; dan pelaburan hanya dibuat dalam sektor patuh syariah.
Apa pun pilihan anda, kedua-duanya wujud untuk memberi perlindungan kewangan dalam saat-saat sukar. Tepuk dada tanya selera, pilihlah pelan yang lebih serasi dengan keperluan, prinsip hidup dan ketenangan hati anda.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my ) I Ahli PIDM
Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 22 Oktober 2025.
