Pokok Tumbang Atas Kereta: Bolehkah Anda Buat Tuntutan Insurans / Takaful?

by Tiqa
0 comment

Malang tidak berbau. Jika kereta anda rosak akibat pokok tumbang, adakah kereta anda dilindungi insurans / takaful?

Jawapannya ya, tetapi ada syarat-syaratnya.

Dua perkara penting yang syarikat insurans / pengendali takaful anda akan pertimbangkan adalah seperti berikut:

1. Apa yang menyebabkan pokok tersebut tumbang lalu menghempap kereta anda?

Syarikat insurans / pengendali takaful akan memerlukan pengesahan tentang bagaimana kejadian pokok tumbang itu boleh berlaku.

Jika pokok tersebut tumbang disebabkan oleh kerja-kerja jalan raya atau landskap oleh pihak majlis, anda boleh membuat tuntutan secara terus kepada pihak majlis atau jabatan yang berkaitan tanpa perlu membuat tuntutan insurans / takaful.

Jika pokok tersebut tumbang disebabkan oleh bencana alam seperti ribut, tanah runtuh, hujan lebat dan sebagainya, syarikat insurans / pengendali takaful anda akan merujuk laporan meteorologi untuk mengesahkan kejadian tersebut. Seterusnya, tuntutan anda akan dipertimbangkan mengikut jenis perlindungan yang anda miliki.

Sebagai mangsa, anda perlu membuat laporan polis dengan kadar segera untuk pengesahan berkenaan kejadian dan kerosakan kereta yang dialami.

2. Anda perlu memiliki perlindungan tambahan bagi menghadapi bencana alam

Perlindungan asas kereta yang diwajibkan kepada semua pemandu di Malaysia secara umumnya tidak melindungi kereta yang rosak disebabkan oleh bencana alam. 

Jadi, anda perlu memastikan kereta anda dilindungi dengan perlindungan tambahan khas untuk kejadian bencana alam.

Persediaan untuk anda menghadapi hari hujan, panas atau apa jua cuaca

Di bawah pelan Insurans / Takaful Kereta Etiqa, anda disarankan mengambil perlindungan tambahan yang dikenali sebagai Manfaat Banjir Asas (Basic Flood Coverage) atau Manfaat Banjir Tambahan (Extended Flood Coverage).

  • Anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan ketika membuat pembaharuan insurans / takaful anda.
  • Jika anda ingin menambah perlindungan ini semasa perlindungan insurans / takaful masih aktif, sila hubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda dengan segera.
Manfaat Banjir AsasManfaat Banjir Tambahan
Perlindungan bagi kereta yang rosak akibat…Banjir, ribut kencang & angin ributBanjir, ribut kencang, angin ribut, taufan, puting beliung, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah jerlus atau lain-lain bencana alam
Premium / Sumbangan tambahan0.25% dari nilai perlindungan kereta0.5% dari nilai perlindungan kereta

Berapakah nilai pampasan yang boleh dituntut?

Syarikat insurans / pengendali takaful anda akan melantik adjuster (penyelaras) untuk menilai tahap kerosakan yang dialami. 

Pihak ini akan mengeluarkan Adjuster Report (laporan penyelaras) yang menyatakan lokasi, tarikh, jenis kerugian dan rumusan kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Sekiranya kereta anda diisytihar sebagai total loss (kerugian sepenuhnya), nilai pampasan akan dinilai bergantung kepada jumlah perlindungan kereta anda sama ada mengikut Nilai Yang Dipersetujui (Agreed Value) atau Nilai Pasaran (Market Value). 

Contoh situasi:

Puan Maria memiliki sebuah Myvi.

Nilai perlindungan kereta yang diambil adalah RM40,000 (Agreed Value).

Premium / sumbangan yang dibuat adalah RM800 setahun.

Puan Maria menambah perlindungan Manfaat Banjir Tambahan: 0.5% x RM40,000 = RM200.

Jumlah premium / sumbangan : RM1,000 setahun.

Tidak lama kemudian, kereta Myvi Puan Maria telah rosak dihempap pokok yang tumbang akibat angin ribut yang berlaku di kawasan parkir pejabatnya.

Kerosakan yang dialami akan dinilai menerusi Adjuster Report.

Jika Myvi tersebut diisytihar total loss oleh penyelaras yang dilantik, nilai pampasan yang akan diterima oleh Puan Maria adalah sehingga RM40,000 mengikut Agreed Value bagi Myvi tersebut.

‘Nasib baik ambil perlindungan tambahan hari tu…’ bisik hati Puan Maria.

Pastikan kereta anda dilindungi dalam apa jua situasi. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang, kalau tak sekarang, bila lagi nak lindungi kereta tersayang?

Jika anda berminat atau perlukan lebih maklumat tentang perlindungan tambahan ini, berbual bersama kami di livechat untuk maklum balas segera.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 22 Mac 2021.

You may also like

error: Content is protected.