·

[DIKEMAS KINI] Tempoh pembaharuan lesen memandu dilanjutkan – JPJ

Artikel ini telah dikemaskini dengan pengumuman terbaharu pada 9 September 2021.

BERITA TERKINI: Kementerian Pengangkutan telah melanjutkan tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu yang tamat tempoh sah, hingga 31 Disember 2021.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Kementerian Pengangkutan berkata kepada mana-mana pemilik cukai jalan dan lesen memandu yang sudah tamat tempoh sah, mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh JPJ dan PDRM.

Walau bagaimanapun, mereka perlu memastikan kenderaan berkenaan dilindungi insurans / takaful yang sah untuk melindungi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Kesemua pemandu perlu memapar dan menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah untuk pemeriksaan. (scroll ke bawah untuk melihat contoh sijil ini).

Susulan itu, Ka Siong berkata, kenyataan sebelum ini bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mulai 1 Oktober depan, tidak akan dilaksanakan.


Sebelum ini, JPJ telah mengumumkan bahawa tempoh moratorium pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September yang lalu.

Buat pembaharuan lesen dari rumah secara online

Mesti ramai yang dah lama tak check lesen kan? Masa untuk semak tarikh luput! Kalau dah expired, selesaikan urus niaga secara dalam talian melalui salah satu portal berikut:

  1. Laman mySIKAP awam
  2. Laman myEG

Cara buat pembaharuan lesen JPJ di portal mySIKAP:

  1. Log masuk ke portal mySIKAP
  2. Pilih menu Lesen Memandu
  3. Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  5. Buat bayaran
  6. Semak dan buat pengesahan
  7. Selesai!

Menerusi laman mySIKAP awam, antara perkhidmatan yang disediakan bagi urusan berkaitan lesen memandu adalah:

  1. Pembaharuan lesen dan permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa.
  2. Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh.
  3. Penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia.
  4. Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

Kaunter JPJ dibuka untuk janji temu bagi urusan yang tidak tersedia secara online

Bagi sebarang urus niaga yang tidak dapat dibuat secara dalam talian dan memerlukan anda ke kaunter JPJ, ikuti cara permohonan di bawah untuk membuat temujanji:

  1. Pilih pautan temujanji online yang tepat untuk diisi mengikut negeri.
  2. Isikan butiran anda.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pilih tarikh dan masa temujanji.
  5. Cetak slip temujanji / screenshot untuk rujukan di kaunter.

Waktu operasi kaunter JPJ dalam tempoh PPN Fasa 1 adalah mulai jam 9 pagi – 4 petang. 

Pastikan tarikh dan masa temujanji anda tepat untuk mengelakkan kekecewaan apabila sudah sampai di pejabat JPJ nanti ya?

Pembaharuan lesen dan lain-lain urusan JPJ di Pejabat Pos Malaysia 

Bermula 9 Ogos, anda juga boleh mengunjungi lebih 650 cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia untuk menyelesaikan pembaharuan lesen atau urus niaga JPJ yang lain. Prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat akan dilaksanakan bagi melindungi keselamatan orang ramai.

PENTING! Sediakan salinan sijil perlindungan insurans / takaful (e-Policy atau e-Certificate) 

Walaupun lesen kenderaan anda telah tamat tempoh, anda masih perlu memastikan kenderaan anda memiliki perlindungan insurans / takaful yang sah. Anda perlu menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans / takaful sekiranya diminta pihak berkuasa, jika anda ingin memandu sebelum berkesempatan untuk memperbaharuinya.

Contoh e-Policy / e-Certificate di bawah perlindungan Etiqa:

Muat turun & simpan salinan e-Policy / e-Certificate anda di dalam galeri handphone. Senang nak cari nanti bila perlu!

Alang-alang renew lesen… renew sekali perlindungan insurans / takaful kereta anda secara dalam talian!

Etiqa menyediakan akses untuk anda memperbaharui perlindungan insurans / takaful kereta anda menerusi proses yang mudah & pantas!

Anda boleh memilih perlindungan insurans atau takaful yang masing-masing menawarkan rebat 10% serta-merta apabila anda membuat pembaharuan polisi insurans / sijil takaful kereta secara dalam talian. Setel semua sekali jalan.

BAHARU! Dapatkan lebih lagi dengan cara pembayaran menggunakan Boost

Gunakan aplikasi Boost untuk kumpul lebih mata ganjaran dan nikmati transaksi yang lancar ketika memperbaharui polisi insurans / sijil takaful kereta anda secara dalam talian bersama Etiqa. Selamat, bermanfaat dan lebih berbaloi untuk anda.

Senang kan bila semua boleh buat online? Tak perlu risau SOP, semua jadi SO EASY!


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 6 Ogos 2021.