·

Nak Renew Takaful Kereta? Guna Je Aplikasi MyJPJ atau Kios Layan Diri JPJ

Zaman sekarang, semua benda nak cepat dan senang, kan? Renew takaful dan road tax pun sama. Sekarang, semuanya lebih mudah dengan aplikasi MyJPJ dan kios layan diri JPJ.

Nota Penting: Anda boleh memperbaharui takaful kereta melalui aplikasi MyJPJ dan kios layan diri JPJ untuk semua jenis kenderaan persendirian, kecuali kenderaan perdagangan, pengangkutan awam, e-hailing dan kenderaan milik syarikat.

Cara Memperbaharui Takaful Kereta Melalui Aplikasi MyJPJ

Nak renew takaful kereta dan road tax dengan mudah dan cepat? Tak payah keluar rumah, tak payah beratur, guna je aplikasi MyJPJ. Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Muat Turun Aplikasi MyJPJ

Gambar daripada JPJ Malaysia

Muat turun aplikasi MyJPJ melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

2) Daftar Akaun Baharu atau Log Masuk

Jika anda pengguna baharu, tekan butang “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan dan alamat e-mel. Untuk pengguna sedia ada, log masuk ke aplikasi MyJPJ dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.

3) Navigasi ke “Insurans Kenderaan”

Setelah log masuk, tekan butang “Utama” yang terletak di menu bahagian bawah.

Kemudian, skrol ke bawah dan tekan butang “Insurans Kenderaan”. Anda akan dibawa ke Portal Pembaharuan Insurans Kenderaan yang terpakai untuk pembaharuan insurans atau takaful kenderaan. Tekan butang “Setuju dan Teruskan” untuk meneruskan proses.

4) Masukkan Maklumat Kenderaan

Setelah Portal Pembaharuan Insuran Kenderaan dipaparkan, tekan butang “Seterusnya” dan isi maklumat yang diperlukan iaitu:

  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Poskod kawasan
  • Nombor kad pengenalan pemilik kenderaan

Tekan butang “Dapat Informasi Kenderaan” untuk langkah seterusnya.

5) Pilih Jenis Perlindungan

Di kotak “Liputan”, pilih jenis perlindungan yang bersesuaian:

  • Comprehensive – Melindungi kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian dan melindungi kerosakan atau kecederaan kepada pihak ketiga.
  • Third Party – Melindungi kerosakan atau kecederaan kepada pihak ketiga sahaja.
  • Third Party, Fire and Theft – Melindungi pihak ketiga serta kenderaan anda jika berlaku kebakaran atau kecurian.

6) Pilih Perlindungan Tambahan Mengikut Keperluan Anda

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh menambah perlindungan tambahan seperti:

All Drivers

Melindungi semua pemandu yang dibenarkan. Manfaat ini diberikan secara percuma apabila anda melanggan Takaful Kereta Etiqa.

Breakage Of Glass In Windscreen

Melindungi kos untuk membaiki atau menggantikan cermin hadapan, cermin sisi, cermin belakang dan bumbung kaca.

Jika anda memilih “Breakage Of Glass In Windscreen”, pastikan anda memasukkan “Sum insured” (“Sum covered”) mengikut harga cermin yang ingin dilindungi. Anda boleh semak harga cermin kereta anda melalui laman web ini.

Compensation For Assessed Repair Time (CART)

Pampasan untuk kehilangan penggunaan kenderaan semasa kereta dibaiki di bengkel.

Jika anda memilih “Compensation For Assessed Repair Time”, anda perlu menetapkan jumlah pampasan harian dan bilangan hari seperti berikut:

  1. Pilih “Amount per day” dan masukkan jumlah pampasan harian yang anda inginkan, sama ada RM50, RM100 atau RM200 sehari.
  1. Tetapkan “Number of day(s)” iaitu bilangan hari yang anda ingin dilindungi, sama ada sehingga 7, 14 atau 21 hari.

Flood, Windstorm & Typhoon (Special Perils/Extreme Weather)

Melindungi kehilangan atau kerosakan kenderaan akibat bencana alam termasuk banjir, ribut dan tanah runtuh.

Legal Liability Of Passengers For Acts Of Negligence

Melindungi anda jika penumpang anda menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada pihak ketiga, dan pihak tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Legal Liability To Passengers

Melindungi anda jika penumpang anda cedera semasa menaiki kereta anda dan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Strike, Riot And Civil Commotion

Melindungi kerosakan kenderaan anda akibat mogok, rusuhan atau kekacauan.

Drive Less Save More (kini dinamakan Etiqa Cashback by Driving Less)

Nikmati pulangan tunai sehingga 30% jika anda kurang memandu. Manfaat ini diberikan secara percuma apabila anda melanggan Takaful Kereta Etiqa.

New Spare Part Replacement Cover

Dapatkan alat ganti baharu yang terjejas akibat kemalangan tanpa caj tambahan. Terpakai untuk kereta berusia antara 5 hingga 15 tahun.

Setelah membuat pilihan anda, tekan butang “Sebut Harga Pantas” untuk langkah seterusnya.

7) Semak Sebut Harga dan Pilih Etiqa General Takaful Berhad

Semak sebut harga yang dipaparkan dan tekan “Pilih Insurans Ini” di bawah Etiqa General Takaful Berhad untuk melindungi kereta anda dengan Takaful Kereta Etiqa.

8) Isi Maklumat Peribadi

Setelah memilih “Etiqa General Takaful Berhad”, masukkan butiran anda seperti:

  • Nama penuh
  • Status perkahwinan
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah
  • Alamat e-mel yang sah
  • Nombor telefon bimbit

Tekan “Seterusnya” setelah mengisi butiran anda.

9) Semak Butiran Perlindungan

Semak semua maklumat yang diisi, kemudian tekan butang “Bayaran”.

10) Buat Pembayaran Menggunakan Kad Kredit atau Debit

Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan kad kredit atau debit, kemudian tekan butang “Bayar Sekarang”.

11) Semak Status JPJ dan Terima Sijil Takaful

Setelah pembayaran anda berjaya, semak status JPJ dengan memasukkan Nombor Kenderaan dan Nombor Pengenalan anda. Tekan butang “Cari” untuk menyemak status dan pastikan status JPJ anda “Approved” seperti dalam paparan. Jika status JPJ anda “Rejected”, klik butang “Kemaskini” dan semak semula.

Setelah status JPJ diluluskan, tekan butang “Kembali ke Portal Awan JPJ” untuk melengkapkan proses. Sijil takaful kereta anda akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan.

Nak Renew Takaful Kereta di Kios Layan Diri JPJ? Boleh Je

Tengah syok berjalan-jalan tapi ada urusan JPJ yang nak diselesaikan? Anda boleh renew Takaful Kereta Etiqa dan road tax sekali jalan di kios layan diri JPJ terpilih.

Buat masa ini, perkhidmatan ini tersedia di lima cawangan JPJ iaitu:

Langkah Mudah untuk Renew Takaful Kereta di Kios Layan Diri JPJ

1) Klik “Pembaharuan Insurans Kenderaan”

Pada skrin kios JPJ, pilih menu “Lain-Lain Perkhidmatan” dan klik pada “Pembaharuan Insurans Kenderaan”.

2) Masukkan IC dan Cap Ibu Jari

Lakukan pengesahan dengan memasukkan kad pengenalan dan cap ibu jari anda.

3) Isi Butiran Kenderaan

Masukkan nombor plat, poskod, dan IC anda. Kemudian, pilih pelan perlindungan sama ada pelan Komprehensif (Comprehensive), Pihak Ketiga (Third Party) atau Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (Third Party, Fire and Theft).

Anda juga boleh menambah perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin kenderaan atau perlindungan cuaca ekstrem seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

4) Pilih Perlindungan Etiqa General Takaful Berhad

Setelah mengisi butiran yang diperlukan, anda akan dapat melihat maklumat berkaitan kenderaan anda seperti model kenderaan, jenis perlindungan dan pilihan pengendali takaful serta insurans yang tersedia.

Klik pada “Etiqa General Takaful Berhad” untuk melindungi kereta anda dengan Takaful Kereta Etiqa. Isi butiran yang diperlukan termasuk nombor telefon dan alamat e-mel anda.

5) Buat Pembayaran dan Terima Sijil Takaful Kereta Anda

Semak butiran yang tertera dan terus bayar sumbangan takaful anda sama ada menggunakan kad kredit atau debit. Anda akan terus menerima sijil takaful kereta anda melalui e-mel yang didaftarkan.

Tip: Tak perlu ke kaunter lain, selesai renew takaful, terus renew road tax anda di kios JPJ yang sama. Jimat masa dan tenaga!

Mengapa Anda Patut Memilih Takaful Kereta Etiqa?

Dengan Takaful Kereta Etiqa, anda bukan sahaja dapat menikmati pulangan tunai sehingga 30% melalui perlindungan tambahan percuma, Drive Less Save More (kini dinamakan Etiqa Cashback by Driving Less), malah anda juga dapat menikmati pelbagai manfaat lain yang memudahkan hidup anda, termasuk:

  • Towing percuma sehingga 200km
  • Bantuan tepi jalan 24 jam, termasuk penggantian tayar dan bateri kereta
  • Perkongsian lebihan (surplus sharing)* jika tiada tuntutan dibuat (kecuali tuntutan cermin, knock-for-knock, dan aksesori)
  • Kemudahan melalui aplikasi Etiqa+, termasuk:
    • Memohon towing atau bantuan kecemasan dengan penjejak masa nyata (real-time tracker)
    • Mencari bengkel panel terdekat
    • Membuat tuntutan akibat kemalangan dan banyak lagi!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Anda juga boleh renew Takaful Kereta Etiqa melalui laman web MotorTakaful.com atau aplikasi Etiqa+. Hanya muat turun aplikasi Etiqa+ melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk pembaharuan takaful kereta di hujung jari anda. Untuk pembaharuan road tax pula, selesaikannya melalui aplikasi MyJPJ di mana jua anda berada.


Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my ) I Ahli PIDM

Maklumat yang terdapat dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 16 Julai 2025.