Ubah Suai Rumah Strata: Ikut Garis Panduan Sebelum Kena Roboh

by Tiqa
0 comment

Bayangkan perbelanjaan puluhan ribu ringgit untuk ubah suai rumah impian anda ‘dirobohkan’ sekelip mata?

Itulah yang terjadi kepada seorang pemilik rumah pangsapuri di Petaling Jaya yang sedang dalam proses membuat pembinaan tambahan akibat dikenakan tindakan tegas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

pemilik ubah suai rumah pangsapuri berstatus strata

Gambar dari Twitter

Struktur pembinaan tambahan tersebut telah dirobohkan semula kerana tidak menepati garis panduan pembinaan dan boleh membahayakan penduduk setempat.

PBT roboh rumah yang diubah suai tanpa kelulusan

Gambar dari Twitter

Kenyataan akhbar oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya:

Ikut garis panduan ubah suai rumah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 

Sebagai pemilik rumah, anda perlu melantik perunding bagi mengemukakan permohonan kelulusan bangunan sebelum menjalankan apa-apa aktiviti pembinaan.

Lebih-lebih lagi bagi perumahan berstatus strata, pihak pengurusan bangunan telah diberi amanah oleh PBT untuk mengawal selia sebarang urusan berkaitan bangunan tersebut.

Sekatan dalam ubah suai rumah berstatus strata.

Hartanah berstatus strata seperti pangsapuri mempunyai had ubah suai tertentu kerana sifat bangunannya yang dibina bertingkat-tingkat.

Melainkan anda memiliki kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan atau PBT, sebagai pemilik anda tidak boleh:

  1. Membina tingkat lain ke atas petak.
  2. Memindahkan sebarang pintu atau tingkap di dalam petak.
  3. Mengalih atau mengubah sebarang ciri keselamatan bangunan di dalam petak, walaupun dengan kelulusan. Anda perlu membayar ganti rugi dan kepada pihak pengurusan terhadap sebarang liabiliti yang mungkin timbul atau dialami akibat pengalihan tersebut.
  4. Mengalihkan sistem paip dan pembentungan di dalam petak.
  5. Menukar atau menaik taraf keseluruhan sistem elektrik di dalam petak.
  6. Menyambung atau menggunakan bekalan elektrik secara tidak sah.

Apakah risiko membuat ubah suai rumah strata tanpa kelulusan?

Ubah suai rumah yang tidak mendapat kebenaran atau tidak mengikut pelan yang telah diluluskan bukan sahaja berisiko tinggi malah:

  1. Boleh menyebabkan bangunan runtuh akibat gangguan pada struktur asal.

Pembinaan secara haram mungkin melibatkan penggunaan alatan gerudi, pendawaian semula elektrik atau penggodaman dinding yang melebihi had maksimum.

Keadaan ini turut menyebabkan gangguan komuniti setempat, malah boleh menyebabkan kerosakan pada kediaman pemilik-pemilik yang lain.

  1. Masalah membuat tuntutan insurans atau takaful.

Pembekal insurans atau pengendali takaful anda boleh menolak tuntutan perlindungan rumah yang diubah suai tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan atau PBT.

Penting sebelum ubah suai rumah berstatus strata:

  • Dapatkan persetujuan/kelulusan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu. Jika perlu, pihak pengurusan akan merujuk kepada PBT.
  • Pihak pengurusan akan meminta deposit sebelum ubah suai bermula, sebagai jaminan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian tersebut.
  • Pelan pembinaan yang jelas boleh memudahkan proses penilaian dan persetujuan.

Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah Etiqa

Selain membina rumah impian yang menepati garis panduan, pastikan kediaman anda turut dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kerosakan atau pecah masuk rumah boleh meninggalkan impak besar terhadap kewangan anda. 

Pelan Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah Etiqa dapat membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah.

Lindungi rumah anda hari ini.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 23 Jun 2022.

You may also like

error: Content is protected.