·

5 Cara Nak Pilih Takaful Kereta Yang Terbaik Untuk Anda

Renew Motortakaful & Road Tax Online | Etiqa Takaful

Masih mencari-cari perlindungan takaful kereta yang terbaik untuk anda? Tak tahu kriteria apa yang perlu diutamakan?

Biar kami bantu anda senaraikan 5 ciri-ciri penting yang diinspirasikan oleh pengalaman-pengalaman sebenar pemandu di Malaysia.

1. Menawarkan perkhidmatan pelanggan yang pantas dan tersedia 24 jam sehari

Premium Photo | Muslim woman working as customer service operator with team  in call center

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika kereta kita dilanggar di tengah highway pukul 3.30 pagi pada malam sebelum raya Aidilfitri, sudah tentu kita panik dan ingin mendapatkan bantuan dengan kadar segera.

Bayangkan jika khidmat pelanggan hanya beroperasi pada waktu tertentu, takkan kita yang sedang serabut ditimpa kemalangan ni nak tunggu?

Perlindungan takaful kereta terbaik akan menyediakan perkhidmat pelanggan yang pantas untuk turut memudahkan proses tuntutan pampasan yang dibuat.

2. Perlindungan kereta walaupun bukan anda yang memandu

Kadangkala, kereta kita mungkin dipandu oleh pasangan, adik-beradik atau kawan-kawan. Tetapi, jika berlaku kemalangan semasa mereka yang memandu, adakah kereta anda masih layak dilindungi?

Ada perlindungan takaful yang memerlukan sumbangan tambahan di mana anda perlu menamakan pemandu-pemandu lain yang akan menggunakan kereta anda.

Tetapi perlindungan takaful kereta terbaik akan menawarkan perlindungan secara automatik tanpa sumbangan tambahan. Jadi, asalkan individu tersebut menerima kebenaran anda dan mempunyai lesen yang sah untuk memandu, kereta anda masih layak dilindungi!

3. Proses permohonan dan pembaharuan yang mudah

Pilih perlindungan yang memanfaatkan kelebihan teknologi pada masa kini. Sama ada menerusi ejen mahupun dalam talian, permohonan dan pembaharuan takaful kereta kini lebih mudah tanpa memerlukan anda untuk beratur di kaunter atau keluar dari rumah.

Tidak perlu lagi isi dan hantar dokumen berjela-jela, kini takaful kereta boleh selesai dengan beberapa klik sahaja.

4. Menggalakkan anda untuk mengambil perlindungan mengikut Nilai Yang Dipersetujui 

Pengendali takaful kereta terbaik akan menyarankan anda untuk mengambil perlindungan mengikut Nilai Yang Dipersetujui (Agreed Value) berbanding Nilai Pasaran (Market Value). Mengapa?

Kerana anda boleh membuat tuntutan pampasan maksimum jika berlaku kemalangan yang teruk.

Contoh:

Kereta baharu anda bernilai RM45,000.

Anda membuat pembaharuan (renewal) pada tahun ke-2 (Mac 2021)

Nilai Yang Dipersetujui : RM42,000

Nilai Pasaran : RM42,000

Pada Sep 2021, anda mengalami kemalangan dengan kerugian sepenuhnya (total loss). 

Pada hari penilaian dibuat untuk pampasan, Nilai Pasaran kereta tersebut adalah RM40,000.

Dengan perlindungan mengikut Nilai Yang Dipersetujui: Anda masih layak menerima RM42,000.

Dengan perlindungan mengikut Nilai Pasaran: Anda hanya akan menerima maksimum RM40,000.

Sumbangan tahunan yang perlu anda buat mengikut Nilai Yang Dipersetujui mungkin tinggi sedikit berbanding Nilai Pasaran, tetapi ia pastinya lebih berbaloi apabila membuat tuntutan pampasan di kemudian hari.

5. Berkongsi lebihan daripada Dana Takaful Am bersama anda (jika ada)

Dikenali sebagai Perkongsian Lebihan (Surplus Sharing), pengendali takaful kereta terbaik akan berkongsi lebihan keuntungan daripada Dana Takaful Am bersama peserta pada akhir tempoh kewangan mengikut nisbah perkongsian yang dipersetujui. 

Sebagai peserta, anda akan menerima perkongsian lebihan ini sekiranya sijil masih berkuatkuasa dan tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan takaful tersebut (kecuali tuntutan cermin, Knock-for-knock* dan Aksesori).

*Tuntutan Knock-for-knock (KFK) adalah apabila berlakunya kemalangan bukan atas kesalahan anda. Anda boleh membuat tuntutan dari syarikat insurans / pengendali takaful kereta anda tanpa nilai NCD ditolak. Pihak insurans / takaful anda seterusnya akan membuat tuntutan kepada wakil insurans / takaful pihak ketiga yang didapati bersalah.

Secara ringkasnya, perlindungan takaful kereta yang baik akan:

  • Bersedia berkhidmat untuk anda 24 jam sehari
  • Melindungi kereta walaupun bukan anda yang memandu
  • Memudahkan proses permohonan dan pembaharuan sijil perlindungan
  • Memberikan anda nasihat terbaik untuk nilai pampasan maksimum
  • Berkongsi lebihan daripada Dana Takaful Am bersama anda

Nikmati kesemua manfaat ini bersama Perlindungan Takaful Kereta Etiqa. Pilihan lebih berjuta orang kita, kerana perkhidmatan kami direka mengikut keperluan rakyat Malaysia.

Sama-sama kita saling membantu, bila-bila sahaja yang anda perlu.