·

Pelanggan Kongsi Pengalaman Claim TripCare 360

Jika dulu ramai yang endah tak endah dengan kepentingan travel insurance, rata-rata kini yang keluar melancong ke luar negara pasti menjadikannya keutamaan dalam checklist mereka.

Bukan sahaja risau dengan COVID-19, malah masalah yang tampak kecil seperti beg rosak turut menjadi penyebab kepada pentingnya memiliki travel insurance atau pun takaful perjalanan.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang traveller menerusi laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), dia telah berjaya membuat claim dari travel insurance Etiqa TripCare 360 berikutan kelewatan penerbangannya.

Terima bayaran balik RM200 daripada pihak Etiqa, cover duit tiket penerbangan 👇

Perkongsian ini turut menarik minat beberapa lagi travellers yang ternyata bersetuju kerana mereka sendiri pernah menjalani proses tuntutan mudah & pantas bersama travel insurance Etiqa – TripCare 360.

Antara jenis tuntutan yang sering menjadi sebutan adalah kelewatan bagasi dan beg pecah atau rosak.

TripCare 360 menyediakan perlindungan sehingga RM2,000 seorang jika beg anda lambat melebihi 6 jam dari masa anda tiba di destinasi. Walaupun geram beg lambat sampai, still boleh senyum sikit kan? Bolehlah!

Etiqa TripCare 360 juga merupakan travel insurance yang melindungi pelbagai jenis kesulitan yang anda alami, termasuklah jika ia berlaku sebelum anda memulakan perjalanan. Tapi pastikan anda beli polisi 14 hari sebelum tarikh perjalanan, jangan beli last minute.

Pakej Platinum di bawah pelan TripCare 360 membolehkan anda membuat tuntutan sehingga RM50,000 seorang jika berlakunya pembatalan perjalanan atau percutian yang terpaksa dipendekkan atas sebab-sebab yang di luar kawalan anda.

Ini adalah termasuk kos penerbangan dan penginapan di hotel yang telah dibayar terlebih dahulu.

Seorang pelanggan yang berpuas hati turut berkongsi cara-cara membuat tuntutan travel insurance Etiqa TripCare 360 akibat kelewatan & kerosakan bagasi miliknya.

Nak travel insurance yang menyediakan perlindungan untuk COVID-19? 

Pilih untuk melanggan Manfaat Tambahan COVID-19.

Manfaat tambahan ini membolehkan anda menerima bantuan kewangan sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang berlaku disebabkan oleh virus ini. Lihat senarai kemalangan atau insiden di bawah:

Manfaat
(setiap kemalangan/ insiden, setiap perjalanan)
Jumlah Maksimum yang Diinsuranskan setiap orang (RM)
Perjalanan ke Luar Negara sahaja
Pembatalan perjalanan akibat COVID-19
Maksimum satu keluarga
Sehingga 5,000
12,500
Kesulitan perjalanan akibat COVID-19
Maksimum satu keluarga
Sehingga 5,000
12,500
Perbelanjaan perubatan di luar negara akibat COVID-19
Maksimum satu keluarga
Sehingga 300,000
750,000
Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang akibat COVID-19
Maksimum satu keluarga
Sehingga 100,000
250,000
Penghantaran pulang dan pengebumian jenazah akibat COVID-19
Maksimum satu keluarga
Sehingga 100,000
250,000

Penafian: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk atau Kontrak Polisi/ Sijil untuk maklumat lanjut mengenai terma-terma dan syarat-syarat.

Manfaat Tambahan COVID-19 ini hanya terbuka untuk perjalanan ke luar negara sahaja. Walau bagaimanapun, manfaat ini tidak melindungi destinasi yang disenaraikan dalam Tahap 4 (kes COVID-19 yang sangat tinggi) oleh CDC. Anda boleh merujuk senarai tersebut di sini.

Anda ada pengalaman bercuti atau ke luar negara bersama TripCare 360? Kongsikan bersama kami! Bagi yang sedang merancang untuk terbang ke negara orang, TripCare 360 tersedia dalam bentuk pelan konvensional dan juga takaful.

 Setelkan travel insurance dulu, baru packing baju ok?


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 Februari 2022