5 Faktor Paling POWER Untuk Perlindungan Kereta Anda
Apa perkara yang WAJIB ada ketika anda memilih perlindungan kereta? Takaful Kereta Etiqa boleh beri LIMA sebab untuk perlindungan kereta anda menjadi lagi mantap.
1. Perlindungan tak kira pemandu.
Kakak yang pandu? Suami yang pandu? Semua kami lindungi tanpa caj tambahan.
Kereta milik anda, tetapi sesuatu berlaku ketika bukan anda yang memandu? Jangan risau. Pelan Takaful Kereta Etiqa akan melindungi sesiapa sahaja yang memandu kereta tersebut dengan kebenaran anda. Anda tidak perlu menamakan pemandu-pemandu lain secara rasmi, bermaksud tiada juga caj yang perlu ditambah ketika membuat pembaharuan sijil takaful.
2. Perlindungan tanpa sebarang faedah.
0% faedah untuk pengguna kad kredit Maybank!
Pelan fleksibel bersama Takaful Kereta Etiqa membolehkan anda membuat pembayaran sumbangan secara beransur-ansur. Khas untuk pengguna kad kredit Maybank – anda boleh memilih bayaran ansuran untuk tempoh 6 atau 12 bulan, tanpa dikenakan sebarang caj tambahan!
3. Perlindungan yang adil & mengikut persetujuan anda.
Terima nilai tuntutan mengikut persetujuan anda. Nilai tuntutan bergantung kepada nilai yang anda pilih semasa membuat pembaharuan sijil takaful.
Anda akan diberi 2 pilihan, sama ada mengambil Nilai Pasaran atau Nilai Yang Dipersetujui. Kedua-duanya berbeza, dan kami di Etiqa memberi setiap pelanggan kebebasan untuk mendapatkan pelan perlindungan yang mampu milik dan bersesuaian dengan keperluan setiap individu.
Yang pasti, apa sahaja nilai yang anda persetujui, itulah nilai yang akan dirujuk jika anda membuat tuntutan nanti.
4. Perlindungan yang memberikan Perkongsian Lebihan.
Tak pernah buat sebarang tuntutan? Anda penerima Perkongsian Lebihan yang layak.
Takaful Kereta Etiqa memberikan anda Perkongsian Lebihan dengan kadar purata 4.7% (tahun kewangan berakhir 2015-2020) jika anda berjaya memastikan tempoh perlindungan anda (12 bulan) bebas daripada sebarang tuntutan bagi kemalangan atau sebagainya.
Anggaplah ini penghargaan dari kami atas usaha keprihatinan anda untuk memandu dengan berhemah di jalan raya dan memastikan rekod perlindungan anda bersih tanpa sebarang tuntutan.
5. Perlindungan yang memberikan anda peluang untuk dapat lebih lagi.
Renew perlindungan kereta dan rebut peluang memenangi kereta baru dengan perlindungan takaful PERCUMA untuk SETAHUN!
Yang terbaru dari Takaful Kereta Etiqa, sertai kempen Lagi Cover Lagi Power untuk berpeluang menjadi antara 13 pemenang bertuah dari 1 Ogos 2021 – 31 Julai 2022!
Ya, kami mencari pelanggan bertuah setiap bulan bagi membawa pulang hadiah berupa kereta Perodua Bezza atau hadiah utama, sebuah BMW 320i Sport! Bukan itu sahaja, kereta-kereta baru tersebut akan turut dilindungi di bawah pelan perlindungan Takaful Kereta Etiqa untuk setahun secara PERCUMA.
Kalau yang lima di atas belum cukup untuk anda, kongsikan bersama kami FAKTOR PALING POWER lain yang boleh buat anda tak fikir panjang lagi.
Kalau tak, jom renew perlindungan takaful kereta anda sekarang dan anda mungkin pemenang bertuah Lagi Cover Lagi Power yang kami cari untuk bulan ini!