Perlindungan Manfaat Tambahan Insurans dan Takaful Motosikal

Apakah MyRider dalam Takaful dan Insurans Motosikal?

MyRider dan MyRider Plus ialah manfaat tambahan Etiqa yang menawarkan perkhidmatan tunda tanpa had jarak, bantuan kecemasan 24 jam dan manfaat kemalangan diri kepada penunggang motosikal. MyRider berharga RM75 setahun untuk motosikal berkapasiti enjin 249cc dan ke bawah, manakala MyRider Plus berharga RM150 setahun untuk motosikal berkapasiti enjin 250cc dan ke atas.

Pelan insurans atau takaful motosikal asas memberikan perlindungan terhadap risiko yang melibatkan motosikal anda serta liabiliti terhadap pihak ketiga. Namun, bagaimana pula jika motosikal anda rosak di tengah perjalanan? Dalam situasi ini, MyRider dan MyRider Plus boleh memberikan perlindungan tambahan.

Tidak suka membaca? Ketahui lembih lanjut dengan podcast kami bersama En. Shamsul Fariz, wakil Etiqa, untuk memahami pilihan perlindungan motosikal, manfaat MyRider dan MyRider Plus serta cara mendaftar.

Tiga Jenis Pelan Asas Insurans atau Takaful Motosikal Etiqa

Etiqa menawarkan tiga jenis pelan perlindungan, dengan manfaat yang berbeza mengikut keperluan dan bajet anda.

PerlindunganKomprehensifPihak Ketiga, Kebakaran dan KecurianPihak Ketiga
Liabiliti terhadap pihak ketigaYaYaYa
Kerosakan motosikal sendiri akibat kemalanganYaTidakTidak
Kerugian akibat kebakaran, letupan atau petirYaYaTidak
Kerugian akibat pecah masuk atau kecurianYaYaTidak
Boleh ditambah MyRider atau MyRider PlusYaTidakTidak

Pelan komprehensif menawarkan perlindungan yang lebih lengkap, termasuk kerosakan terhadap motosikal anda sendiri akibat kemalangan.

Pelan Pihak Ketiga hanya melindungi liabiliti anda terhadap pihak ketiga, tetapi tidak melindungi kerosakan pada motosikal anda.

Pelan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian memberikan perlindungan terhadap kerugian akibat kebakaran dan kecurian, tetapi tidak melindungi kerosakan pada motosikal anda akibat kemalangan.

Insurans Konvensional atau Takaful: Apakah Perbezaannya?

Kedua-duanya memberi perlindungan kewangan apabila berlaku musibah. Perbezaannya terletak pada konsep dan cara perlindungan diuruskan.

 Insurans KonvensionalTakaful
BayaranPremium dibayar kepada syarikat insuransSumbangan dibayar ke dalam dana bersama peserta
KonsepRisiko dipindahkan kepada syarikat insuransPeserta saling membantu melalui perkongsian risiko
Pembayaran tuntutanDibayar oleh syarikat insuransDibayar daripada dana bersama kepada peserta yang ditimpa musibah
Pengurusan danaKonvensionalMengikut prinsip Syariah

MyRider dan MyRider Plus ialah manfaat tambahan yang boleh dipilih dengan Insurans Motosikal Komprehensif atau Takaful Motosikal Komprehensif Etiqa.

MyRider vs MyRider Plus

MyRider dan MyRider Plus memberikan perlindungan kepada penunggang motosikal bergantung pada kapasiti enjin motosikal anda.

 MyRiderMyRider Plus
Kapasiti enjin249cc dan ke bawah250cc dan ke atas
HargaRM75/tahunRM150/tahun
Khidmat tunda tanpa had jarakYaYa
Bantuan kecemasan 24 jamYaYa
Manfaat kematian akibat kemalanganYaYa
Hilang upaya kekal akibat kemalanganYaYa
Perbelanjaan perubatanYaYa
Bantuan tunai ihsanYaYa
Elaun kesulitan akibat kemalangan atau banjirYaYa

Kedua-dua pelan menawarkan jenis manfaat yang sama, tetapi jumlah manfaatnya berbeza. Ringkasnya, pelan asas melindungi motosikal dan liabiliti pihak ketiga, manakala MyRider atau MyRider Plus memberi perlindungan kepada penunggang apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di jalan raya.

Semua perlindungan tertakluk pada had, pengecualian, terma dan syarat polisi insurans atau sijil takaful yang berkenaan

Khidmat Tunda Tanpa Had: Apakah Maksudnya?

Istilah “Tanpa had” bermaksud tiada had jarak tunda yang ditetapkan bagi setiap kejadian. Namun, bilangan kejadian tunda adalah terhad kepada tiga kali bagi setiap tahun polisi atau sijil.

Contohnya, jika motosikal anda rosak di Kangar, Perlis, tetapi anda ingin menghantarnya ke bengkel di Larkin, Johor Bahru, khidmat tunda ini boleh membantu mengangkut motosikal anda ke destinasi tersebut.

Khidmat ini juga boleh membantu jika motosikal anda mengalami kerosakan kecil, seperti tayar pancit akibat terkena paku. Anda boleh menghubungi perkhidmatan tunda ke bengkel yang terdekat.

Nota penting: Sila hubungi Etiqa Auto Assist Care (EAAC) di talian 1800 88 6491 terlebih dahulu untuk perkhidmatan tunda.

Cara Mendaftar MyRider atau MyRider Plus

Anda boleh mendaftar pelan insurans/takaful motosikal Etiqa dan menambah MyRider atau MyRider Plus melalui saluran berikut:

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Etiqa Oneline di talian 1300 13 8888.

Soalan Lazim


1. Berapakah harga MyRider dan MyRider Plus?
MyRider berharga RM75 setahun untuk motosikal dengan kapasiti enjin 249cc dan ke bawah. MyRider Plus berharga RM150 setahun untuk motosikal dengan kapasiti enjin 250cc dan ke atas.

2. Bolehkah saya menambah MyRider pada pelan Pihak Ketiga?

Tidak. MyRider dan MyRider Plus hanya boleh ditambah kepada pelan Insurans atau Takaful Motosikal Komprehensif Etiqa.

3. Berapa kali saya boleh menggunakan perkhidmatan tunda?

Perkhidmatan tunda boleh digunakan sehingga tiga kali secara percuma bagi setiap tahun polisi atau sijil. Jarak tunda adalah tanpa had.

4. Adakah perkhidmatan tunda disediakan sekiranya tayar pancit?

Ya. Sila hubungi Etiqa Auto Assist Care di 1800 88 6491 untuk mengatur perkhidmatan tunda motosikal ke bengkel terdekat.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar MyRider atau MyRider Plus?

Anda boleh mendaftar melalui aplikasi Etiqa+, laman web Etiqa, ejen Etiqa, cawangan Etiqa atau Maybank, Pos Malaysia, Maybank2u atau aplikasi MAE.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang MyRider dan MyRider Plus?

Tonton podcast penuh bersama En. Shamsul Fariz di YouTube untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat, perlindungan dan cara mendapatkan MyRider atau MyRider Plus.


Nota penting: Sila maklum bahawa semua manfaat, kelayakan dan perkhidmatan tertakluk pada terma dan syarat polisi insurans atau sijil takaful yang berkenaan. Maklumat dalam hantaran ini telah disemak dan disahkan oleh Etiqa, sebuah syarikat insurans dan takaful terkemuka di Malaysia. Semua maklumat adalah tepat setakat November 2026.

Similar Posts