·

Apa Itu Pelan Kemalangan Diri & Mana Yang Sesuai Untuk Saya?

Pelan perubatan dah ada, pelan hayat/takaful keluarga pun dah ambil… tiba-tiba anda terdengar pula tentang pelan kemalangan diri. Eh, apa pula ni?

Pelan kemalangan diri

Insurans atau takaful kemalangan diri adalah pelan yang memberikan anda manfaat sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan.

Terdapat pelbagai pelan kemalangan diri yang menawarkan perlindungan dan manfaat yang berbeza. Lazimnya, perlindungan yang asas adalah melibatkan:

  • Kematian akibat kemalangan
  • Hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • Perbelanjaan perubatan
  • Pembedahan rekonstruktif muka
  • Manfaat hospital
  • Perbelanjaan pengebumian

Pelan ini direka untuk memberikan manfaat sekiranya anda cedera parah atau meninggal dunia akibat kemalangan, di mana anda akan menerima bayaran manfaat sekaligus sekiranya terlibat dengan mana-mana kejadian yang dinyatakan di dalam pelan yang disertai.

Perbezaan pelan kemalangan diri dengan pelan-pelan lain.

Perbezaan paling ketara di antara pelan kemalangan diri dengan pelan perubatan atau pelan hayat/takaful keluarga adalah – penyebab kepada berlakunya kecederaan atau kematian tersebut.

Pelan kemalangan diri tidak melindungi kecederaan atau kematian semula jadi seperti kanser, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya; ini adalah jenis-jenis perlindungan yang diberikan oleh pelan hayat/takaful keluarga.

Samalah juga seperti bagaimana pelan hayat/takaful keluarga tidak melindungi kemalangan yang tidak menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

Jadi, inilah sebab mengapa pelan kemalangan diri dilihat sebagai pelengkap kepada pelan hayat/takaful keluarga atau pelan-pelan yang lain. 

TERKINI: Anda berpeluang menikmati RM50 petrol PERCUMA apabila anda mendaftar pelan kemalangan diri bersama Etiqa hari ini!

Pilih pelan kemalangan diri yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Tiada satu pelan yang sesuai untuk semua. 

Kerana itulah juga Etiqa menyediakan pelbagai jenis pelan kemalangan diri yang direka khas untuk menepati keperluan setiap individu. Anda yang mana satu kalau ikut senarai di bawah?

1. Anda gila bersukan. Anda sukakan aktiviti lasak. Lepas habis je PKP ni nanti, anda dah tak sabar-sabar nak panjat gunung, main bola, pergi white water rafting. Fuh!

Etiqa boleh temani dan lindungi anda dengan pelan Insurans / Takaful Buddy PA – Weekend Warrior! Dengan pelan ini, nikmati adrenaline rush anda tanpa gentar kerana apa jua yang berlaku, buddy anda sedia membantu. Bagaimana? 

  • Terima bayaran tunai sehingga RM250,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
  • Pembayaran balik tunai untuk pelbagai kos rawatan di hospital akibat kemalangan seperti pembedahan rekonstruktif muka, pergigian, rawatan tradisional dan pelbagai lagi.
  • Elaun tunai hospital sehingga RM7,500.
  • Bayaran tunai sehingga RM24,000 untuk bantuan kejururawatan di rumah.

2. Anda berani tetapi sedar yang jenayah tidak mengenal mangsa dan masa. Rompakan ketika ‘cucuk’ duit di ATM, diculik atau keganasan rumah tangga bukan sahaja mungkin mencederakan anda, malah kerugian wang ringgit yang dialami mungkin menyebabkan gangguan emosi.

Kerana itulah Etiqa turut menyediakan pelan Insurans / Takaful Buddy PA – Crime Shield untuk melindungi sekiranya anda menjadi mangsa jenayah. Pelan ini dapat meringankan beban seterusnya memastikan anda masih mampu berdiri dengan manfaat yang tersedia:

  • Pembayaran balik tunai jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat kejadian jenayah
  • Bayaran tunai sehingga RM300,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal 
  • Pembayaran balik tunai untuk perbelanjaan perubatan jika anda tercedera seperti keperluan bilik hospital, makanan, ambulans dan sebagainya.

3. Anda seorang wanita yang berdikari. Tidak suka bergantung pada orang lain namun tahu bahawa wanita masih kerap menjadi sasaran penjenayah berbanding lelaki. Ragut, kehilangan barang berharga, dicederakan atau kemalangan sehingga kandungan gugur… anda sedar akan ada masanya keadaan anda memerlukan perlindungan yang lebih berbanding biasa.

Anda boleh jadi lebih bersedia dengan pelan Insurans / Takaful Buddy PA – Eve Protect. Ini adalah perlindungan khas untuk wanita-wanita yang menjadi mangsa jenayah untuk bangkit semula. Yang pasti, anda tidak berseorangan untuk menghadapi waktu-waktu sukar nanti.

  • Bayaran tunai sehingga RM9,500 jika anda mengalami keguguran akibat kemalangan kenderaan bermotor.
  • Elaun tunai sehingga RM3,000 jika dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau kecederaan.
  • Bayaran tunai sehingga RM300,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
  • Bayaran balik tunai sehingga RM5,000 jika rawatan pergigian atau pembedahan muka diperlukan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik tunai jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat diragut, kad ATM dicuri dan sebagainya.

4. Anda pemandu yang berhemah, peka di jalan raya namun anda juga tahu yang kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Anda dah ada perlindungan kereta, dan kini anda ingin memastikan bantuan tiba tepat pada saat anda memerlukannya.

Pastikan anda melanggan pelan OTO 360 apabila anda memperbaharui polisi insurans / sijil takaful kereta Etiqa anda nanti. Mengapa? Kerana ia memberikan anda perlindungan segera yang anda perlukan pada waktu kecemasan.

  • Elaun tunai kesulitan RM500 yang akan dibayar dalam tempoh 24 jam.
  • Trak penunda bagi bantuan kerosakan 24 jam; jarak penundaan tanpa had.
  • Pembayaran tunai sehingga RM150,000 untuk pemandu dan setiap penumpang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Ada pelan yang bersesuaian dengan anda?

Langgan insurans / takaful kemalangan diri sekarang untuk berpeluang menerima kad petrol percuma bernilai RM50 apabila anda mendaftar pelan kemalangan diri bersama Etiqa hari ini.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 27 Ogos 2021.