Etiqa TripCare 360 – Apa Pun Terjadi, Cuti Tetap Cuti
Bercuti atau berurusan di luar negara tanpa memiliki insurans/takaful Etiqa TripCare 360 boleh membuatkan anda pening kepala.
Penerbangan dibatalkan, kelewatan atau kehilangan bagasi atau keperluan rawatan kecemasan. Isu-isu ini bukanlah sesuatu yang pelik, malah anda sendiri mungkin pernah mengalaminya.
Setelah lama tak dapat merentas sempadan, sesiapa pun pasti ingin mengelak daripada sebarang masalah.
Jadi, bilakah waktu yang sesuai untuk mendapatkan insurans/takaful perjalanan ini?
Anda boleh mendaftar pelan insurans/takaful Etiqa TripCare 360 pada hari yang sama, 6 jam sebelum waktu berlepas. Anda digalakkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas untuk menikmati manfaat pembatalan perjalanan.
Pastikan Etiqa TripCare 360 ada dalam perancangan percutian anda.
Jika tidak, anda mestilah bersedia untuk menampung kos-kos kecemasan yang semestinya tidak murah di saat-saat anda dan keluarga sedang terdesak untuk meneruskan perjalanan atau percutian.
Mengapa anda perlukan insurans/takaful perjalanan? Pelan seperti Etiqa TripCare 360 boleh melindungi anda ketika bercuti dengan:
1. Rawatan perubatan tanpa tunai*. Terima Surat Jaminan (Guaranteed Letter) untuk perjalanan di luar negara dengan hanya satu panggilan telefon yang tersedia 24 jam sehari, supaya anda boleh menerima rawatan di hospital tanpa membuat sebarang bayaran tunai.
2. Pampasan untuk barang yang hilang*. Terima sehingga RM5,000 untuk barangan yang hilang atau rosak, mahupun duit serta dokumen perjalanan yang dicuri dengan tuntutan mudah hanya menerusi WhatsApp.
3. Kelewatan penerbangan*. Pesawat lewat 2 jam? Terima RM100 tanpa perlu membuat sebarang tuntutan. Etiqa adalah syarikat insurans/pengendali takaful yang pantas memberikan anda pampasan bagi kelewatan penerbangan.
*Tertakluk pada Terma & Syarat
Pelan perlindungan perjalanan juga tersedia pada kadar yang berpatutan, jauh lebih berbaloi berbanding kos yang perlu dibayar jika anda ditimpa kecemasan.
Kurang pasti insurans/takaful perjalanan mana yang diperlukan? Ketahui keperluan anda:
- Jenis perjalanan anda – Tahunan atau Sehala
- Destinasi yang ditujui – Domestik atau Antarabangsa
- Orang yang dilindungi – Individu / Sekeluarga
#1. Tentukan jenis perjalanan – Tahunan atau Sehala
Jika anda jenis yang bercuti sekali atau 2 kali setahun, pelan insurans/takaful perjalanan sehala adalah pilihan yang tepat untuk anda. Pelan ini boleh melindungi anda sepanjang tempoh anda bercuti, mengikut had yang ditetapkan.
Sebagai contoh, Etiqa TripCare 360 memberikan anda perlindungan sehingga 30 hari untuk perjalanan dalam negara, dan sehingga 90 hari untuk percutian di luar negara.
Rancanglah tempoh perjalanan anda untuk mendapatkan perlindungan yang memadai dengan keperluan percutian anda.
Bagi anda yang kerap ke luar negara, dapatkan pelan Tahunan pada serendah RM163.05 setahun. Pelan ini ternyata lebih berbaloi untuk anda yang selalu membuat penerbangan saat akhir, ke luar negara lebih dari 3 kali setahun dan/atau mempunyai bajet yang terhad untuk setiap perjalanan.
#2. Destinasi yang ditujui – Domestik atau Antarabangsa
Ya – kadar premium insurans/sumbangan takaful perjalanan bergantung kepada destinasi percutian anda.
Insurans/takaful perjalanan domestik melindungi anda di seluruh Malaysia, tetapi bagi pelancongan antarabangsa, perlindungan yang diberikan adalah berbeza mengikut negara-negara yang ingin dilawati.
Sebagai contoh, premium/sumbangan bagi pelancongan di rantau Asia adalah lebih rendah berbanding di negara-negara yang lokasinya lebih jauh dari Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
Tetapi, perlindungan insurans/takaful juga bergantung pada situasi semasa sesebuah negara dan tidak melindungi pelancongan ke mana-mana negara yang sedang dalam peperangan atau mengalami keadaan kucar-kacir.
#3. Orang yang dilindungi – Individu atau Sekeluarga
Pakej perlindungan sekeluarga sememangnya lebih tinggi harganya berbanding pakej individu.
Tetapi pilihan ini juga jauh lebih jimat berbanding mendapatkan pelan individu untuk setiap seorang ahli keluarga anda.
Pakej sekeluarga direka untuk melindungi anda, pasangan dan/atau anak-anak. Seperti Pakej Sekeluarga Etiqa TripCare 360 Platinum, seberapa ramai pun anak anda boleh dilindungi di bawah jumlah perlindungan maksimum yang ditetapkan.
Ingin bawa ibu bapa anda bercuti? Pelan ini turut melindungi orang tersayang yang berusia tidak lebih daripada 80 tahun. Tetapi, anda perlu mendaftarkan mereka secara berasingan, ianya tidak termasuk dalam Pakej Sekeluarga.
Pasport ready? Jangan lupa dapatkan Etiqa TripCare 360
Pelan perlindungan ini dapat memastikan saat-saat percutian anda kekal manis walaupun diduga. Benarlah, kita hanya mampu merancang – jadi, jangan terlepas pandang kepentingan untuk melindungi diri anda dan keluarga.
Nikmati diskaun 25% jika anda mendaftar pelan Etiqa TripCare360 secara dalam talian. Terdapat dalam pelan insurans dan juga takaful.
Dapatkannya juga di mana-mana cawangan Etiqa yang terdekat atau hubungi ejen Etiqa yang berdaftar hari ini.
Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 28 Oktober 2021.