·

Penjagaan Terbaik & Mudah Untuk Bateri Kereta Anda

Penjagaan bateri kereta tidaklah sesukar yang disangka namun tidak boleh dipandang remeh.

Di kala ramai yang kini mula memandu untuk ke pejabat, bercuti atau pulang ke desa, bateri kereta mestilah dipantau agar tidak berlakunya insiden ‘kereta tak boleh start’.

Terlebih dahulu, jika anda mengalami masalah tersebut atau bateri kereta anda tidak dapat dihidupkan, hubungi Etiqa Auto Assist Care dengan segera di talian 1 800 88 6491 untuk bantuan. 

Penjagaan Bateri Kereta & Kepentingannya

Bateri kereta yang berfungsi dengan baik diperlukan untuk menghidupkan kereta anda.

Kebiasaannya, bateri kereta boleh bertahan sehingga 2-3 tahun jika kereta anda dijaga dengan baik. Jangka hayatnya mungkin lebih singkat jika tidak dipantau dengan baik dan ia boleh menjejaskan tahap kelajuan dan prestasi kereta anda sepenuhnya.

Tip-tip Untuk Memastikan Bateri Kereta ✨ Tip Top ✨

1. Hidupkan enjin kereta

Biarkan enjin anda berjalan atau pandu selama lebih kurang 30 minit, sekurang-kurangnya sekali seminggu

2. Jangan biarkan kereta anda tersadai terlalu lama. 

Bateri kereta yang lama tidak diaktifkan boleh menyebabkan ia lemah.

3. Sentiasa padamkan semua fungsi di dalam kereta

Pastikan lampu, radio, penyaman udara dan sebagainya telah dipadamkan sebelum anda meninggalkan kereta. Terlupa padam lampu adalah antara penyebab utama kereta kehabisan bateri apabila ditinggalkan semalaman. Jadi sebelum pergi, toleh dulu untuk pastikan anda betul-betul dah tutup lampu.

4. Bersihkan bateri daripada kotoran

Sekali-sekala anda memeriksa bahagian enjin, pastikan juga bateri anda bersih daripada habuk atau kotoran lain. Jika kotoran ini masuk ke dalam sel bateri, ia boleh menyebabkan kerosakan. Anda hanya perlu bersihkan bahagian atas dan sekeliling terminal, barulah bateri tahan lebih lama. 

5. Jangan terlebih charge bateri kereta

Untuk pengguna kereta elektrik, pastikan anda tidak mengecas bateri kereta terlalu lama. Pantau setiap satu jam untuk melihat progres dan berhenti apabila bateri sudah penuh.

6. Elakkan bateri anda dari berkarat

Antara petua mudah untuk mengelakkan bateri kereta daripada berkarat adalah dengan membuat campuran air dan baking soda. Gunakan berus untuk membersihkan bahagian-bahagian yang lebih kecil. Campuran ini juga boleh digunakan di bahagian lain kereta anda.

Tak susah pun untuk mengamalkan penjagaan bateri kereta yang baik. Hanya dengan 6 petua mudah di atas, dapatlah anda berjimat dan mengelakkan bateri mati ketika waktu-waktu kecemasan.

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA! 👇👇👇

Dah sampai masa untuk tukar bateri kereta? Nikmati diskaun sehingga 15% apabila anda menggantikan bateri kereta anda. Kempen berakhir pada 31 Mac 2022, jangan terlepas!

Hubungi Etiqa Auto Assist Care dengan segera di talian 1 800 88 6491 untuk sebarang bantuan.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 15 Disember 2021.