Boleh Ke Guna Minyak Enjin Kereta Ganti Minyak Enjin Motosikal?

minyak enjin motosikal

Jawapan: TAK BOLEH. Motor anda hanya boleh diisi dengan minyak enjin motosikal sahaja.

Mengapa?

  • Fungsinya berbeza.
  • Formulanya berbeza.
  • Prestasinya berbeza.

Penggunaan minyak yang salah boleh menyebabkan masalah seperti leaking, clutch plate rosak…dan macam-macam hal lagi.

Walaupun sama gred, sama likat…minyak enjin kereta & motosikal tak sama.

minyak enjin motosikal dan minyak enjin kereta sama likat

Contoh minyak yang sama gred & likat. Macam sama, tetapi kedua-duanya amat berbeza.

FUNGSI minyak enjin motosikal berbeza dan lebih kritikal.

minyak enjin motosikal berbeza dan lebih kritikal
Minyak enjin motor
Melancarkan enjin, melicinkan gear motor & clutch serta menyejukkan enjin motor.
Untuk motor, sistem yang berbeza akan menggunakan cecair yang sama untuk berfungsi dengan baik.

Contoh: Satu jenis minyak yang meliputi enjin, gearbox, clutch dan lain-lain.
Minyak enjin kereta
Lapisan untuk mengalas 2 permukaan enjin yang bersentuhan, supaya komponen di dalam enjin kereta anda tidak bercalar dan tidak rosak.
Untuk kereta, sistem yang berbeza akan menggunakan cecair yang berbeza. 

Contoh: Satu jenis cecair untuk enjin, satu jenis cecair lain untuk gearbox dan pelbagai lagi.

FORMULA yang direka untuk menjadi lebih tahan lasak.

Revolution (Rev) enjin motosikal lebih tinggi berbanding kereta.

Rev enjin motor boleh mencecah sehingga 9,000 – 10,000 rpm (rev per  minute) berbanding rev kereta yang mungkin mencapai 6,000 rpm sahaja. 

Ini menyebabkan enjin motor menjadi lebih panas berbanding enjin kereta dan memerlukan minyak yang lebih likat dan tidak mudah cair. 

Keadaan ini juga memaksa minyak enjin untuk ‘bekerja lebih keras’ menyebabkan ia lebih mudah rosak. Jadi, penting untuk anda menggunakan minyak yang sesuai untuk enjin motor anda berfungsi dengan lebih baik.

PRESTASI motosikal anda bergantung pada minyak enjin yang digunakan

Minyak enjin mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri untuk menepati keperluan motor anda. Contohnya:


JASO MA – sesuai untuk motor dengan wet clutch.

JASO MB – sesuai untuk motor automatik seperti skuter.

Spec seperti ini yang mungkin tidak ada pada minyak enjin kereta dan boleh menyebabkan kerosakan pada enjin motosikal anda.

Jangan lupa, minyak untuk kereta tidak direka untuk bekerja dalam motor anda. 

Minyak enjin kereta ada unsur tambahan seperti friction modifier yang boleh merosakkan clutch motosikal anda. Clutch motor anda akan mudah slipped (tergelincir) dan boleh menyebabkan gangguan semasa anda menunggang motosikal.

Jadi, bagaimana nak pilih minyak enjin yang terbaik untuk motor anda?

Jalan yang terbaik adalah untuk menyemak semula buku manual motor anda dan ikuti cadangan jenis minyak yang diberikan.

Jika tidak, dapatkan nasihat di bengkel motor yang diperakui atau pakar-pakar yang lebih arif tentang keperluan motor anda.

Sumber: Maklumat yang terdapat di dalam blog ini adalah perkongsian ilmu oleh Encik Hasbullah Syarah di akaun Youtube miliknya. 

Tonton video mengenai topik ini di sini.

Belum renew insurans / takaful motosikal? Renew secara dalam talian & nikmati 10% rebat serta-merta!

Lindungi motosikal anda dengan Insurans / Takaful Motosikal Etiqa hari ini!

  • Perlindungan untuk kemalangan, kebakaran & kecurian
  • Perlindungan diri yang berpatutan hanya dari RM6/bulan
  • Menyediakan perlindungan EKSTRA untuk penumpang hanya dari RM15/tahun
minyak enjin motosikal yang berkualiti, tunggangan lebih baik

Tak sampai 10 minit, semua boleh settle! Renew polisi / sijil perlindungan motosikal anda di sini.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 16 Julai 2021.