7 Alasan Cliche Orang Kita Tak Nak Ambil Insurans Nyawa
Adakah anda bersedia untuk terasa “alamak, aku la tu…”?
Jika selama ini anda menampung perbelanjaan keluarga atau anda masih mempunyai hutang yang belum langsai…
Anda perlukan insurans nyawa.
Boleh skip je artikel ini, terus langgan Insurans Hayat atau Takaful Keluarga Etiqa sekarang.
Tetapi, anda juga mungkin masih berada dalam fasa ‘fikir-fikir dulu’. Perlu atau tidak untuk memilikinya? Kami faham dan ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana insurans nyawa juga dilihat sebagai komitmen tambahan yang perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya.
Kami sempat bertanyakan pengalaman beberapa staf Etiqa tentang pendapat rakan-rakan, saudara-mara serta jiran tetangga mereka mengenai kepentingan memiliki insurans nyawa.
Dalam banyak-banyak jawapan yang diterima, 7 jawapan ini adalah antara yang sering didengar:
“Tak perlu kot, saya dah ada medical insurance…”
#7
Ramai yang masih keliru dengan peranan insurans nyawa dan insurans perubatan.
Secara dasarnya, insurans nyawa akan memberikan pampasan kepada waris jika anda meninggal dunia atau anda sendiri akan menerima pampasan sekiranya hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Manakala, insurans perubatan pula akan membayar kos perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
Dua-dua penting, tetapi dua-dua memiliki peranan yang amat berbeza.
Wang pampasan insurans nyawa yang akan dibayar kepada waris anda sedikit sebanyak dapat memberikan peluang untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa anda yang selama ini menjadi sumber pendapatan keluarga.
“Tak fahamlah insurans nyawa ni, pening. Banyak sangat benda kena baca”
#6
Dalam kesibukan bekerja seharian, ramai yang tak ada masa untuk berfikir tentang insurans nyawa. Insurans dianggap sebagai sesuatu yang rumit serta sarat dengan terma-terma yang sukar difahami.
Walau bagaimanapun, kini terdapat pelbagai saluran dan bantuan untuk memudahkan proses anda memahami pelan perlindungan yang anda inginkan.
Etiqa menyediakan senarai pelan-pelan perlindungan komprehensif berserta penerangan pendek, mudah & jelas untuk difahami. Anda juga boleh menghubungi ejen berdaftar Etiqa atau berbual di livechat kami. Kami di Etiqa bersedia untuk membantu anda mendapatkan segala jenis maklumat yang anda perlukan.
“Nanti dulu kot, saya muda & sihat lagi”
#5
Bilakah waktu yang terbaik untuk mendapatkan insurans? Pada kami, lagi awal anda memiliki insurans, lagi bagus.
Mengapa? Pada usia yang muda dan dengan tahap kesihatan yang baik, anda mungkin layak menikmati premium yang lebih rendah. (Premium adalah bayaran yang anda perlu buat untuk mendapatkan perlindungan).
Semakin usia anda meningkat, anda mungkin menghidapi penyakit atau mengalami masalah kesihatan yang boleh menyebabkan insurans anda lebih mahal atau yang lebih merisaukan – anda langsung tidak layak untuk mengambil sebarang bentuk pelan perlindungan.
Kami faham, sebagai orang muda yang baru mula bekerja, komitmen anda tinggi. Walaupun begitu, jadikanlah insurans sebagai salah satu daripada komitmen utama anda.
“Saya ada buat simpanan sendiri…”
#4
Anda mungkin adalah seorang yang berjimat cermat dan berdisiplin dalam berbelanja. Tetapi, dalam anda menyimpan dan merancang perbelanjaan seharian, simpanan kecemasan dan hari tua adalah sesuatu yang anda perlu mula dengan segera.
Adakah anda sudah bermula menyimpan untuk persaraan?
Dan jika anda adalah ibu atau bapa, anda mungkin memerlukan simpanan yang tinggi untuk pendidikan anak-anak.
Menurut maklumat yang dikongsi di hellodoktor.com, kos persekolahan seorang anak bermula dari usia 7-12 tahun boleh mencapai sehingga RM40,000 – jika anak anda bersekolah di sekolah kerajaan dan sehingga RM80,000 bagi sekolah swasta.
Antara peranan utama insurans nyawa adalah memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terganggu sekiranya anda tidak sempat membuat simpanan yang cukup, serta wang untuk anda menampung kehidupan anda jika anda tidak lagi bekerja akibat kehilangan upaya kekal.
“Saya bujang, tak ada tanggungan”
#3
Mungkin ramai yang berpendapat mereka yang ada anak-anak atau pasangan sahaja yang perlukan insurans nyawa.
Walaupun belum berkahwin dan tidak mempunyai anak, anda masih memerlukan insurans nyawa supaya ibu bapa atau ahli keluarga anda tidak terbeban dengan kos pengebumian dan sebarang hutang-hutang yang masih belum dilangsaikan seperti kereta, rumah atau sebagainya.
Anda tidak pernah berseorangan, dan tiada siapa tahu apa yang akan berlaku hari esok. Anda mungkin bertemu jodoh, anda mungkin dikurniakan anak yang ramai.
Lebih awal anda dapatkan perlindungan, lebih baik untuk masa depan anda.
“Beratus ribu duit pampasan? Bukan dapat dekat saya pun”
#2
Insurans nyawa bukan sahaja melindungi apabila anda meninggal dunia, malah turut menyediakan perlindungan sekiranya anda disahkan mengalami hilang upaya kekal.
Hilang upaya kekal bererti, anda tidak mampu lagi bekerja dan terputus sumber kewangan. Ketika inilah, ahli keluarga anda memerlukan bantuan untuk menampung bukan sahaja kos perbelanjaan dan pendidikan mereka, malah termasuk perbelanjaan untuk merawat dan menjaga anda.
Lihatlah insurans nyawa sebagai tanda ada peka terhadap tanggungjawab anda kepada keluarga. Benar, anda mungkin tidak dapat ‘merasa’ wang pampasan, tetapi ia adalah bantuan kewangan yang amat diperlukan oleh keluarga anda satu hari nanti.
“Mahal la insurans nyawa”
#1
Kini terdapat pelbagai pelan perlindungan mampu milik yang direka khas untuk menepati keperluan dan kemampuan anda.
Di Etiqa, anda boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan gaya hidup, tanggungan yang anda miliki dan risiko-risiko anda yang tersendiri.
Sebagai contoh, anda hanya perlu membayar serendah RM13.11/sebulan dengan pelan Insurans Ezy-Secure. Pelan ini memberikan anda perlindungan sehingga RM500,000 dan pemeriksaan kesihatan pun tidak diperlukan.
Anda juga boleh mendapatkan pelan-pelan yang sesuai dengan menghubungi ejen Etiqa berdaftar atau kunjungi cawangan terdekat dengan anda.
Jadikan Insurans Nyawa Sebagai Satu Keperluan
Apa jua yang menghalang anda daripada mendapatkan insurans nyawa, pertimbangkanlah semula. Sebagai seorang yang gigih bekerja, mencari nafkah untuk keluarga…anda berhak mendapatkan ketenangan minda untuk menjalani hari-hari bersama yang tersayang.
Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 7 Oktober 2021.