Manfaat-manfaat Khas COVID-19 Bersama Perlindungan Takaful dan Insurans Etiqa

by Tiqa
0 comment

Adakah kos perubatan COVID-19 termasuk dalam perlindungan takaful dan insurans anda?

Kurang pasti? Ini masanya untuk anda menyemak dan memastikan anda menerima perlindungan yang sewajarnya.

Untuk pengetahuan anda, secara umumnya kebanyakan syarikat insurans atau pengendali takaful tidak melindungi perkara berkaitan pandemik memandangkan risikonya yang tidak dapat dijangka.

Walau bagaimanapun, di Etiqa kami melihat situasi ini lebih dari sekadar tanggungjawab kami sebagai syarikat insurans dan pengendali takaful, tetapi juga sebagai rakyat Malaysia seperti anda yang bersama mengharungi detik sukar ini.

Perlindungan takaful dan insurans di hospital bagi pesakit COVID-19

Di bawah perlindungan polisi e-Medical Pass dan sijil e-Medical Pass Takaful, jika anda disahkan positif COVID-19 dan perlu dirawat di hospital, kos rawatan anda yang berkaitan COVID-19 di hospital boleh dituntut semula.

Anda hanya perlu mengemukakan laporan diagnosis perubatan, bil hospital dan resit kepada pihak Etiqa untuk proses pembayaran balik tuntutan.

Lanjutan manfaat-manfaat khas pada tahun 2021

Pada tahun yang lalu, Etiqa telah memperkenalkan beberapa manfaat khas* untuk terus memberikan anda perlindungan takaful dan insurans yang bersedia bersama anda dalam menghadapi wabak merbahaya ini. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat melanjutkan manfaat-manfaat tersebut ke tahun 2021.

Manfaat ini adalah sah untuk tempoh terhad sahaja berdasarkan keadaan semasa penyebaran wabak COVID-19.

*sila rujuk Soalan Lazim serta Terma & Syarat untuk maklumat yang lebih terperinci.

1. Subsidi sebanyak RM300 untuk ujian COVID-19

Bagi pelanggan e-Medical Pass dan e-Medical Pass Takaful, anda boleh membuat tuntutan pembayaran balik sehingga RM300 sebagai manfaat khas selepas membuat ujian COVID-19.

Tuntutan ini boleh dibuat sama ada keputusan ujian COVID-19 anda positif atau pun negatif. 

2. Penangguhan pembayaran Premium/Sumbangan selama 3 bulan

Anda layak memohon penangguhan bayaran Premium / Sumbangan jika anda dapat menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh wabak COVID-19.

Manfaat ini hanya layak untuk kategori pelan seperti Insurans Hayat / Takaful Keluarga, Perubatan & Berkaitan – Pelaburan Insurans / Takaful yang diunderait oleh Etiqa Life Insurance Berhad atau Etiqa Family Takaful Berhad.

Ini bermaksud dalam tempoh penangguhan tersebut, Etiqa masih akan terus melindungi anda seperti biasa.

3. Bantuan wang tunai RM5,000 jika anda disahkan positif COVID-19

Kami ingin memberikan perlindungan takaful dan insurans yang terawal untuk memberikan anda sokongan. Bantuan wang tunai ini adalah inisiatif tambahan khas untuk kesemua pelanggan Etiqa dan jumlah ini tidak akan ditolak daripada manfaat pelan anda yang sedia ada.

Baca lebih lanjut tentang manfaat-manfaat ini menerusi Soalan Lazim kami.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda disahkan positif COVID-19?

  • Anda akan dihubungi oleh Pegawai Kesihatan dan dirujuk ke hospital untuk rawatan.
  • Di hospital, anda akan dinilai untuk ditempatkan sama ada di hospital atau stesen kuarantin (jika anda berisiko rendah).

Dapatkan e-Medical Pass dan e-Medical Pass Takaful

Usah terbeban dengan kos perubatan, sama ada di hospital swasta atau pun kerajaan. Kadar berpatutan serendah RM1.74* (polisi insurans) atau RM1.77* (sijil takaful) sehari ini direka khas untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memiliki perlindungan yang menyeluruh dan berbaloi.

Kini dengan perlindungan tambahan bagi COVID-19, persiapan anda menempuh risiko harian pastinya lebih teguh.

*Tertakluk Terma & Syarat

Adakah anda pelanggan e-Medical Pass atau e-Medical Pass Takaful sedia ada?

Anda adalah penerima perlindungan COVID-19 yang layak. Pastikan pelan anda terus aktif untuk membuat tuntutan.

Anda ingin melanggani e-Medical Pass atau e-Medical Pass Takaful?

Dapatkan perlindungan takaful dan insurans anda dengan mudah dan pantas di pautan berikut: 

e-Medical Pass

e-Medical Pass Takaful

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Sentiasa utamakan kebersihan, tangguh dulu aktiviti bersama kawan-kawan, lebihkan aktiviti santai di rumah bersama yang tersayang.

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, usah risau kerana anda sentiasa dilindungi.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 1 Mac 2021.

You may also like

error: Content is protected.