·

Tempoh Cukai Jalan JPJ & Insurans Kereta Berbeza? Selaraskannya Semula.

Apabila tarikh cukai jalan JPJ dan insurans atau takaful kereta anda selaras, senang nak ingat dan uruskan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemandu-pemandu di Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan JPJ dan insurans atau takaful kereta pada waktu yang sama. Ini memudahkan kita untuk sentiasa on track dengan waktu pembaharuan nanti.

Walau bagaimanapun, sekatan pada musim PKP yang lalu serta beberapa penyelarasan tarikh oleh JPJ mungkin telah menyebabkan kebiasaan ini terganggu. 

JPJ telah mengumumkan kepada semua pemilik kenderaan untuk memastikan insurans atau takaful kereta kekal aktif walaupun tempoh pembaharuan cukai jalan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. 

Kelonggaran ini mungkin telah menyebabkan orang ramai kini memiliki tarikh luput cukai jalan dan insurans/takaful kereta yang berbeza.

Etiqa boleh menyelaraskan semula tempoh cukai jalan dan insurans atau takaful kereta anda. 

Mari ketahui bagaimana perbezaan ini boleh berlaku terlebih dahulu.

Lihat contoh situasi berikut (untuk pelanggan yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos) : 

Situasi seperti ini mungkin menyebabkan anda tidak senang duduk. Anda risau kerana takut akan terlupa, atau merasa ini akan merumitkan urusan pembaharuan pada masa akan datang.

Di sinilah Etiqa boleh membantu anda.

Selaraskan tempoh polisi atau sijil dengan cukai jalan JPJ

Para pelanggan polisi insurans atau peserta sijil takaful kereta Etiqa boleh memilih untuk menyelaraskan tarikh ini dengan memohon lanjutan tempoh perlindungan.

Anda boleh melanjutkan polisi insurans atau sijil takaful anda sehingga maksimum 6 bulan dari tarikh luput asal. Tempoh lanjutan ini akan dibuat berdasarkan tarikh luput cukai jalan kenderaan anda.

Untuk melanjutkan tempoh perlindungan anda, premium atau sumbangan tambahan akan dikenakan mengikut jumlah hari yang ingin ditambah:

Formula pengiraan premium atau sumbangan tambahan: 

(Jumlah lanjutan hari / 365 hari) x (Jumlah kasar* premium polisi atau sumbangan sijil sedia ada)

– (diskaun 10%**) + (SST 6%) 

= Jumlah premium atau sumbangan yang perlu dibayar.

*Jumlah kasar = (Premium atau sumbangan asas) – (NCD) + (manfaat tambahan, jika ada)

**Diskaun 10% hanya untuk pelanggan secara dalam talian, menerusi panggilan telefon atau terus ke cawangan Etiqa.

Cara untuk memohon lanjutan ini

Anda boleh berhubung dengan kami menerusi salah satu platform di bawah:

  • Berbual di live chat kami untuk menerima butiran polisi atau sijil dan bayaran.
  • Membuat temujanji menerusi Etiqa Virtual Customer Service 
  • Hubungi talian Etiqa Oneline di 1-300-13-8888
  • Hubungi ejen Etiqa berdaftar anda.

Pastikan anda menyediakan maklumat berikut:

  1. Nama penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor plat kenderaan
  4. Model kenderaan
  5. Tempoh cukai jalan
  6. Tempoh polisi / sijil

Waktu untuk memproses lanjutan ini mungkin mengambil masa dari 1 – 3 hari bekerja mengikut platform yang anda gunakan. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, perbankan dalam talian atau secara tunai di kaunter. Pastikan anda telah menyemak maklumat yang diberikan sebelum membuat bayaran.

Selain melindungi kenderaan anda di jalan raya, kami di Etiqa juga sentiasa bersedia untuk membantu anda mendapatkan pengalaman dan perkhidmatan yang terbaik. 

Hubungi kami untuk sebarang bantuan atau khidmat nasihat berkaitan perlindungan kenderaan anda. 

Mencari perlindungan kenderaan yang mudah, pantas, fleksibel & berpatutan? 

Dapatkannya di sini.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 18 November 2021.