· ·

Tuah Pemilik Dapat ‘Durian Runtuh’. Tapi, Durian Jatuh Atas Kereta – Insurans / Takaful Cover Ke?

Kalau takut kereta dihempap durian, janganlah park bawah pokok durian.

Ini adalah nasib seorang pemilik pokok durian di Selangor yang mendapat perhatian netizen baru-baru ini. Kereta Nissan miliknya kini berlubang akibat penangan ‘raja buah’ yang jatuh menembusi cermin kereta tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook, pemilik kereta tersebut sempat berseloroh untuk menjual durian tersebut pada harga RM500 sebiji atas alasan buah tersebut istimewa dan ia ‘jatuh tanpa mencecah tanah’.

Cermin kereta retak seribu akibat dihempap durian. Siapa sangka, ini juga petanda ‘durian runtuh’ buat pemilik kenderaan itu.

Sekadar gambar hiasan

Niat berseloroh, sekali betul-betul dapat durian runtuh!

Walau bagaimanapun, nasib pemilik kereta itu berubah apabila menerima ‘durian runtuh’ yang bukan calang-calang. Seorang menteri telah menawarkan diri untuk membeli durian tersebut pada harga RM500! Beliau telah menghubungi lelaki tersebut dan menyuarakan hasrat beliau yang sebenarnya ingin membantu menampung kos membaiki keretanya.

Wah! Bersyukur ada yang membantu. Tetapi, bagaimana kalau tiada bantuan?

Boleh ke claim insurans / takaful jika cermin kereta anda pecah akibat kemalangan seperti ini?

Jawapannya: Ya, anda boleh membuat tuntutan. Kebiasaannya, kemalangan seperti ini dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful kereta anda.

Sekadar gambar hiasan

NCD terjejas atau tidak?

Seperti kebanyakan tuntutan lain, tuntutan bagi cermin kereta yang pecah pastinya akan menjejaskan nilai NCD anda. 

NCD adalah peratusan diskaun yang anda terima jika tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan insurans / takaful anda. 

Nilai NCD yang terjejas akan menyebabkan diskaun untuk bayaran premium / sumbangan anda berkurangan.

Bagaimana nak buat tuntutan tanpa menjejaskan NCD?

Buat tuntutan tanpa menjejaskan NCD dengan melanggani manfaat tambahan!

Dapatkannya di bawah Pelan Insurans / Takaful Kereta Etiqa. Ia menyediakan manfaat tambahan khusus untuk perlindungan cermin kereta dan memastikan NCD anda tidak terjejas sekiranya anda membuat tuntutan cermin kereta pecah. Anda boleh melanggani manfaat tambahan ini ketika memperbaharui polisi insurans / sijil takaful kereta nanti. 

Etiqa turut menyediakan beberapa jenis manfaat tambahan yang lain untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang lebih menyeluruh. Pilihan seperti ini memberikan anda kebebasan untuk memilih manfaat tambahan mengikut keperluan dan kemampuan anda!

Jadi, pemilik kereta yang ditimpa ‘durian’ itu tadi boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful keretanya untuk membuat tuntutan bagi cermin keretanya yang pecah. Kemalangan seperti ini kebiasaannya dilindungi dan terpulang pada pemilik kereta untuk membuat tuntutan atau tidak.

Durian runtuh tidak jatuh dari langit tiba-tiba. Durian jatuh atas kereta pun susah untuk dijangka.

Untuk anda di luar sana, pastikan anda mendapat perlindungan yang anda perlukan.

Perbaharui perlindungan kereta anda secara dalam talian hari ini!


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 23 Julai 2021.