· ·

Kementerian Pengangkutan Bakal Ambil Alih Sektor P-Hailing

Sejak tahun 2019, Kementerian Pengangkutan telah mula memantau sektor perkhidmatan e-hailing, tetapi tidak untuk sektor p-hailing.

Perbezaan antara kedua-dua perkhidmatan ini adalah:

e-hailing : proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain menerusi komputer atau peranti bergerak.

p-hailing : Perkhidmatan penghantaran barang seperti makanan dan minuman dengan menggunakan motosikal.

p-hailing motorcycle parking
Sumber: NST

Antara faktor utama aktiviti pemantauan yang dilakukan adalah untuk mewajibkan syarikat-syarikat e-hailing menyediakan perlindungan insurans atau takaful kepada pemandu, penumpang, kenderaan dan juga pihak ketiga.

Industri p-hailing Juga Bakal Berada Di Bawah Pemantauan Kementerian Pengangkutan

Demi melindungi kebajikan pekerja sektor p-hailing di Malaysia, Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya untuk menyelia industri penghantaran barangan, terutamanya yang menggunakan motosikal.

Kabinet telah bersetuju untuk membuat perubahan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Badan Perlesenan Kenderaan Komersil Akta 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Memastikan Penunggang/Pemandu p-hailing Mempunyai Perlindungan Insurans atau Takaful

Pindaan ini turut melibatkan cadangan undang-undang perlesenan baharu yang memastikan penunggang dan pemandu dalam industri tersebut memiliki perlindungan insurans atau takaful, sama seperti kriteria yang diwajibkan bagi pemandu di sektor e-hailing.

Selain itu, pindaan ini juga dapat…

  1. Memastikan syarikat perkhidmatan mengurus dan menjalankan perniagaan secara sihat dan adil kepada penunggang dan pemandu.
  2. Memastikan hak pengguna atau pelanggan terpelihara, contohnya untuk perkara berkaitan kos dan kadar bayaran, ia mestilah dikaji dan sebarang pertukaran tidak boleh membebankan pengguna.
Sumber: BERNAMA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan kepada semua akta-akta di atas akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen yang akan datang.

Perlindungan Takaful Kereta Persendirian Kini Di Hujung Jari

Jika anda memiliki kenderaan persendirian dengan pelan perlindungan takaful yang hampir tamat, perbaharui pelan anda secara mudah dan pantas di www.motortakaful.com.

Mengapa pilih Motortakaful.com?

  • Diskaun 10% untuk pembaharuan secara dalam talian.
  • Terima sejumlah pulangan wang sekiranya tiada tuntutan dibuat.
  • Nombor enjin, casis atau geran kereta tidak diperlukan.
  • Bantuan kecemasan 24 jam dengan khidmat kereta tunda PERCUMA.
  • Perlindungan lebih menyeluruh dengan manfaat tambahan.

Sumber: The Star


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 19 Ogos 2022