Panduan Ringkas: Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask)

Sumber rujukan: Laman web rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kajian oleh Centers for Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa pemakai pelitup muka berganda (double face mask) berkesan untuk memberikan perlindungan sehingga 85.4% daripada COVID-19.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pemakaian double face mask ini tidak diwajibkan namun amat digalakkan di kalangan rakyat Malaysia.

Lihat perbandingan keberkesanan pemakaian double face mask di bawah:

Kajian ini membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) mampu memberikan anda perlindungan yang lebih baik berbanding cara pemakaian yang biasa. 

N95 masih yang terbaik

Walau bagaimanapun, N95 kekal sebagai pelitup muka yang paling menepati piawaian tertinggi dengan perlindungan sehingga 95%.

Jenis double face mask yang betul

Pemakaian double face mask yang tepat adalah menggunakan kombinasi pelitup muka perubatan dan kain. Ini untuk memastikan anda mendapat perlindungan maksima dan mengelakkan kesukaran untuk bernafas.

Cara pemakaian double face mask

Pastikan anda selesa dan boleh bernafas dengan mudah

Jika anda masih sukar untuk membiasakan diri dengan pemakaian double face mask, pastikan pemakaian pelitup muka biasa anda dititikberatkan. Dapatkan pelitup muka yang bersesuaian dengan saiz muka, boleh dipakai rapi dan sentiasa bersih. 

Dalam keadaan COVID-19 yang masih memuncak, tidak rugi untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga yang ekstra. Dapatkan lebih lagi perlindungan dengan e-Medical Pass / e-Medical Pass Takaful dari Etiqa.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 Mei 2021