·

Insurans COVID-19: Lindungi Diri Semasa Bercuti Ke Luar Negara

Melihatkan situasi di seluruh dunia ketika ini, tak lengkap jika anda pergi bercuti tanpa perlindungan takaful atau insurans COVID-19.

Tidak hairanlah apabila perlindungan ini menjadi perbualan hangat kaki-kaki travel yang rata-ratanya tidak sabar untuk melepaskan gian bercuti di negara orang.

Etiqa TripCare 360: Melindungi percutian luar negara anda dengan manfaat tambahan COVID-19

Etiqa TripCare 360 Covid-19 Addon

Daripada tambahan serendah RM85/minggu, lindungi diri anda dengan perlindungan yang berjumlah sehingga RM300,000.

Manfaat tambahan COVID-19 ini memastikan perjalanan anda tidak terganggu dengan masalah kewangan, sekiranya terjadi sesuatu yang disebabkan oleh wabak ini. Perlu ingat, tanpa memilih manfaat tambahan ini, anda tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan dengan COVID-19 walaupun anda mempunyai pelan asas TripCare 360.

Perlindungan takaful atau insurans COVID-19 yang ditawarkan menerusi Etiqa TripCare 360*: 

*tertakluk kepada sijil atau polisi perlindungan anda

Perjalanan yang dibatalkan akibat jangkitan COVID-19

Usah khuatir dengan sebarang keputusan saat-saat akhir.

Terima pampasan sehingga RM5,000 sekiranya perjalanan anda terpaksa dipendekkan atau dibatalkan.

Jika anda disahkan positif COVID-19 sebelum memulakan perjalanan, anda akan menerima pembayaran balik untuk kos bilik hotel dan sebagainya. Jangan lupa dapatkan perlindungan ini 14 hari sebelum anda bertolak. Bagi perjalanan yang terpaksa dipendekkan pula, kos seperti penghantaran anda pulang turut akan dilindungi.

Perbelanjaan perubatan

Bantuan kewangan sehingga RM300,000 disediakan jika anda disahkan positif COVID-19.

Perlindungan ini membolehkan anda menerima rawatan perubatan tanpa tunai (jika perlu dimasukkan ke hospital) dengan kemudahan Surat Jaminan (GL). 

Pembayaran balik pula akan diberikan untuk perbelanjaan perubatan, bil hospital atau rawatan jika anda positif COVID-19 semasa dalam perjalanan atau percutian anda.

Perbelanjaan perubatan COVID-19 ini meliputi:

  • Perbelanjaan rawatan pesakit luar
  • Perbelanjaan rawatan susulan
  • Perbelanjaan rawatan alternatif yang disyorkan oleh pakar

Pemindahan perubatan kecemasan & penghantaran pulang ke Malaysia

Perlindungan sehingga RM100,000.

Pengangkutan kecemasan dan rawatan perubatan dalam perjalanan untuk memindahkan anda yang sedang kritikal ke hospital terdekat dilindungi di bawah manfaat tambahan ini. Jika perlu, kos membawa anda pulang ke tanah air bagi meneruskan rawatan perubatan turut akan ditanggung.

Penghantaran pulang ke Malaysia & pengebumian jenazah 

Sama ada pengebumian dilakukan di tempat berlakunya kematian atau pun jenazah dibawa pulang ke tanah air, kos ini dilindungi sepenuhnya di bawah pelan Etiqa TripCare 360.

Pampasan sehingga RM100,000 diberikan untuk menampung kos ini, memastikan pengurusan jenazah orang yang dilindungi dapat dilakukan tanpa sebarang kekangan kewangan.

Penafian: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk, Polisi Insurans atau Sijil Takaful anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain kelebihan pelan perlindungan Etiqa TripCare 360

Anda bukan sahaja dilindungi bagi perkara-perkara berkaitan COVID-19.

Etiqa TripCare 360 turut menyediakan perlindungan jika perjalanan anda terganggu akibat situasi seperti:

  • Kelewatan penerbangan – terima sehingga RM100 untuk 2 jam kelewatan, tanpa perlu membuat sebarang tuntutan.
  • Kehilangan bagasi – buat tuntutan hanya menerusi WhatsApp, dan terima sehingga RM5,000 dengan segera.
  • Rawatan perubatan tanpa tunai – Surat Jaminan (GL) akan disediakan menerusi satu panggilan ke talian hotline 24 jam.

Nota: Manfaat Covid-19 tidak melindungi destinasi di bawah Kategori 4 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di www.cdc.gov/coronavirus.

Bersedia untuk bercuti tanpa worry? Langgani pelan perlindungan Etiqa TripCare 360 berserta manfaat tambahan COVID-19 hari ini!

Etiqa TripCare 360 Insurance

Etiqa TripCare 360 Takaful


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 Disember 2021.