Mangsa Ragut: Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Diragut?

Insiden mangsa ragut yang selalu kita nampak di Facebook terasa macam tak akan berlaku pada diri sendiri.

Tetapi malangnya, tiada siapa dapat jangka kecuaian diri. Kita juga tak dapat jangka niat buruk orang di kanan dan kiri.

Jadi, apa yang perlu dilakukan jika anda diragut atau berhadapan dengan situasi berbahaya?

Jika diragut oleh penjenayah bersenjata

Peragut dicekup polis | Harian Metro
Sumber foto: Harian Metro

Jangan fikir untuk melawan. Cuba bertenang sebelum mencari peluang dan ruang untuk melarikan diri. Dapatkan perhatian orang awam dan lari ke kawasan terdekat yang selamat. Dalam situasi seperti ini, elakkan menunggu atau cubaan bertindak untuk mempertahankan diri.

Jika peragut memecahkan cermin kereta ketika berhenti di atas jalan raya

Sumber foto: Deenamik.com

Kejadian ini biasanya berlaku semasa waktu hujan, lalu lintas sesak dan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.

Dalam keadaan terkejut, panik dan mungkin tercedera, elakkan dari cubaan untuk menggerakkan kereta anda serta-merta. Ini bukan sahaja membahayakan diri anda, malah boleh mengakibatkan kemalangan dengan pemandu-pemandu di sekitar anda.

Selain itu, anda perlu bertenang dan berhenti di lorong kecemasan terdekat. Dapatkan bantuan daripada orang awam untuk menghubungi ahli keluarga terdekat atau pihak polis.

Jika beg diragut oleh penunggang motosikal

Polis buru peragut, mangsa diminta buat laporan
Sumber foto: Berita Harian

Jika anda masih berjaya memaut beg tangan anda, campakkan beg tersebut ke arah bertentangan sejauh yang mungkin dan larikan diri.

Ada dua kemungkinan yang berlaku dalam situasi ini:

  1. Peragut itu masih ingin mendapatkan beg anda. Larikan diri sementara peragut menuju ke arah beg anda yang dicampak tadi.
  1. Peragut itu beredar sebaik sahaja cubaan pertamanya gagal dan anda boleh kembali untuk mendapatkan beg anda apabila keadaan selamat.

Jika anda cedera akibat diragut

Sumber foto: Sinar Harian

Dapatkan bantuan orang awam terdekat untuk dibawa ke klinik atau hospital. Sebaik tiba dan diberikan rawatan, hubungi ahli keluarga untuk membuat laporan polis dengan segera. Ini dapat melancarkan proses tuntutan pampasan atas kerugian barangan anda yang diragut dan kos perubatan yang telah dibayar.

Hampir kesemua kes ragut yang kita dengar, mangsanya adalah wanita. Kerana itulah Etiqa memperkenalkan perlindungan istimewa bagi kaum hawa, Insurans Buddy PA – Eve Protect dan Takaful Buddy PA – Eve Protect. Mulakan persediaan anda hari ini untuk lebih tenang menghadapi kesukaran hari esok.

Yang pasti, tiada beg tangan atau iPhone 12 yang lebih berharga daripada nyawa anda…

Ramai peragut di luar sana yang semakin terdesak dan memilih jalan singkat untuk mendapatkan wang sehingga sanggup mencederakan atau membunuh. 

Jika anda menjadi mangsa ragut dan masih berpeluang untuk bertindak, sentiasa ambil 4 langkah ini:

  1. Selamatkan diri.
  2. Selamatkan diri.
  3. Selamatkan diri.
  4. Lapor pada polis.

Harta boleh dicari, tetapi nyawa tidak mungkin dapat diganti.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 26 Mac 2021.