Mudahnya Buat Tuntutan Perubatan Di Aplikasi Etiqa Smile!
Perlindungan dalam talian memberikan anda akses mudah seperti membuat tuntutan perubatan, lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ini.
Kerana itulah e-Medical Pass Takaful Etiqa bukan sahaja memberikan anda manfaat khas berkaitan COVID-19, malah menyediakan aplikasi Etiqa Smile untuk anda menikmati pelbagai kemudahan & mengakses manfaat-manfaat lain dengan mudah!
Aplikasi Etiqa Smile
Dengan aplikasi ini, anda:
- Boleh mencari lokasi Hospital Panel yang berdekatan dengan menggunakan GPS.
- Tidak memerlukan Kad Perubatan fizikal.
- Dapat melihat manfaat takaful seperti had tahunan dan kelayakan bilik di hospital.
- Boleh memantau status tuntutan perubatan bagi pembayaran balik dengan mudah!
Cara Membuat Tuntutan Perubatan dengan Aplikasi Etiqa Smile
Tidak rumit, straightforward dan mudah diakses! Selesaikan tuntutan perubatan anda dengan 6 langkah mudah di bawah:
Ingin tahu status tuntutan perubatan anda? Senang je!
Tak perlu lagi tertanya-tanya mengenai status tuntutan anda atau sama ada dokumen yang dihantar cukup lengkap atau tidak. Buka sahaja aplikasi, semuanya di hujung jari.
Muat turun aplikasi Etiqa Smile sekarang! Pengalaman serba mudah & pantas, memberikan anda perlindungan terbaik di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Mudah kan? Alami perlindungan perubatan secara dalam talian dengan e-Medical Pass Takaful hari ini!
- Memberikan perlindungan tuntutan pembayaran balik bagi kos berkaitan COVID-19 seperti kemasukan hospital dan kesan sampingan vaksin.
- Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Kelulusan serta-merta dengan hanya menjawab 3 soalan kesihatan.
- Serendah RM1.77 sehari. Jimat lebih lagi dengan memilih pelan deduktibel.
- Mohon Surat Jaminan untuk kemasukan ke hospital menerusi talian 24 jam kami.
- Pilih wad premium dengan elaun bilik sehingga RM200 sehari di lebih 140 buah hospital panel!
…dan banyak lagi! Mohon perlindungan e-Medical Pass Takaful hari ini untuk nikmati proses tuntutan perubatan yang pantas dengan pelbagai manfaat hebat disediakan untuk anda.
Cara Menggunakan e-Medical Pass Takaful Di Pusat Perubatan / Hospital
*Proses Penyelesaian Bil Perubatan di Hospital Panel
(tertakluk kepada Surat Jaminan / Guarantee Letter yang telah diluluskan):
Bil perubatan anda yang layak akan diselesaikan oleh Etiqa mengikut sijil takaful anda. Jadi, adalah penting untuk anda memahami sepenuhnya semua manfaat yang tertera di dalam sijil takaful anda.
Petua Untuk Memudahkan Lagi Tuntutan Perubatan e-Medical Pass Takaful Anda
- Ketahui manfaat dan perlindungan yang layak anda nikmati.
- Baca dan fahami segala maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan perubatan anda.
- Pastikan dokumen yang diperlukan telah diisi dengan tepat dan dihantar kepada pihak Etiqa.
- Pastikan permohonan Tuntutan Pembayaran Balik diserahkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh rawatan atau tarikh keluar dari hospital.
- Berikan butiran akaun bank anda beserta nombor telefon yang tepat.
Perlukan Bantuan?
Jika anda ingin mendapatkan lebih maklumat tentang perkara berkaitan sijil / tuntutan hubungi kami di 1-300-13-8888 (9 pagi – 6 petang, hari bekerja) atau berbual di livechat untuk bantuan segera!
Bagi sebarang pertanyaan berkaitan Surat Jaminan (Guarantee Letter), sila hubungi kami di 1-800-88-9998 (24 jam) atau e-mel ke etiqahealthcare@etiqa.com.my.
Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 30 Julai 2021.