Azam Tahun Baru Untuk 6 Bulan Pertama

Azam tahun baru anda tak perlu over the top.

Matlamat yang mudah dicapai dalam jangka pendek adalah cara yang lebih pintar untuk anda mengatur langkah ke matlamat yang lebih besar.

Cipta matlamat yang spesifik, realistik dan positif supaya anda lebih yakin.

Sebagai permulaan, tetapkan matlamat 6 bulan pertama anda untuk tahun 2022. Anda ada setengah tahun untuk pastikan 6 azam tahun baru ini tercapai. 

Tak perlu yang susah-susah, mulakan dengan azam yang paling bermanfaat untuk anda. 

Jom mula.

Azam bulan Januari: Buat full body check-up

Bila kali terakhir anda buat pemeriksaan badan menyeluruh?

Kenali dan ketahui tahap kesihatan anda. Keputusan pemeriksaan membolehkan anda merancang rutin harian, diet dan jenis-jenis senaman yang bersesuaian. Ini juga dapat membantu mengesan petanda awal penyakit yang mungkin masih sempat untuk dirawat.

Azam bulan Februari: Pergi bercuti!

Tahun 2022 rancak dengan Hari Cuti Umum yang jatuh pada hari bekerja.

Rancang percutian anda sebaik yang mungkin. Cipta dan luangkan masa yang berkualiti, sama ada secara solo atau bersama yang tersayang. Ingin betul-betul lega semasa bercuti? Langgani pelan Etiqa TripCare 360, kini dengan perlindungan COVID-19 untuk perjalanan ke luar negara.

COVID-19 ke, penerbangan delay ke, semua boleh settle.

Azam bulan Mac: Ganti puasa

Ditujukan khas buat semua, lelaki dan wanita.

Mungkin ada yang kurang sihat atau terlalu letih bekerja dari rumah pada Ramadan yang lepas. Ganti puasa adalah salah satu azam tahun baru yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah persediaan terbaik untuk puasa PENUH pada Ramadan yang bakal tiba!

Azam bulan April: Bersedekah setiap hari di bulan Ramadan

Sama-sama berkongsi, insya Allah lebih murah rezeki.

Sulami azam tahun baru anda dengan ibadah yang berterusan. Nikmati keberkatan bersedekah kepada yang memerlukan. Pastinya tahun 2022 terasa lebih indah apabila diiringi dengan doa dan kegembiraan mereka yang menerima pemberian anda. 

Azam bulan Mei: Condition kereta 10/10 sebelum balik Raya

Pastikan takaful dah renew, angin tayar dah isi, kereta dah cuci.

Pulang ke kampung halaman tanpa sebarang sekatan. Setelah 2 tahun tak dapat raya bersama, mungkin kereta pun dah lama tak jejak jalan raya. Servis kereta, periksa enjin dan lain-lain. 

Kalau dah sampai masa untuk renew takaful, boleh hubungi ejen Etiqa berdaftar, singgah ke cawangan Etiqa / Maybank atau terus je ke www.motortakaful.com.

Azam bulan Jun: Halfway tahun 2022, cabar diri anda!

Berbasikal dari KL ke Johor, bungee jumping atau pandu go-kart.

Tiada aktiviti yang terlalu kecil atau terlalu besar yang boleh menghalang anda. Siapa tahu, lagi 6 bulan akan datang anda mahu membuat sesuatu yang luar biasa? Kalau tanya kami – go je! Risau-risau itu biasa, boleh lindungi diri anda dengan Takaful Buddy PA – Weekend Warrior. 

Setiap weekend anda boleh jadi warrior.

Jadikan tahun 2022, tahun anda. Azam tahun baru kami adalah untuk melihat anda bangkit dan melangkah dengan yakin. Jalan terus!


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 27 Disember 2021.