· ·

Insurans Kereta – Tawaran Eksklusif Baru Secara Dalam Talian

Perbaharui insurans / takaful kereta anda menerusi manfaat tambahan ‘Pandu Kurang, Lebih Jimat’ dan terima rebat sehingga 30% setahun!

Tawaran eksklusif untuk pembaharuan insurans / takaful kereta dalam talian ini adalah manfaat terbaru dari Etiqa untuk membantu anda berjimat di musim pandemik ini.

Menarik tentang ‘Pandu Kurang, Lebih Jimat’

Lagi jarang anda guna kereta, lagi tinggi rebat yang anda akan terima! Rebat ini akan dibayar secara bulanan, mengikut bacaan odomoter iaitu mileage bulanan kereta anda.

Kempen ini juga adalah manfaat tambahan yang tidak dikenakan sebarang caj. Ya, manfaat ini adalah PERCUMA apabila anda perbaharui insurans / takaful kereta bersama Etiqa!

Cara untuk menikmati manfaat ‘Pandu Kurang, Lebih Jimat’

  1. Aktifkan manfaat anda.
    • Daftarkan kenderaan anda untuk pelan insurans atau takaful kereta Etiqa beserta manfaat tambahan Pandu Kurang Lebih Jimat.
    • Muat naik gambar bacaan odometer dan nombor plat kereta anda menerusi aplikasi Etiqa Smile.
  2. Tuntut rebat anda.
    • Untuk menuntut rebat anda, bacaan odometer perlu dimuat naik secara berterusan dalam sepanjang tempoh perlindungan.
    • Anda boleh memuat naik bacaan odometer pada setiap 10 hari atau lebih, selepas tarikh kereta anda didaftarkan.
  3. Muat naik bacaan akhir.
    • Penyerahan bacaan akhir perlu dibuat setelah polisi / sijil kereta anda tamat.
    • Anda akan menerima notifikasi peringatan 3 hari sebelum tarikh tamat tersebut.

Bilakah anda akan menerima rebat untuk manfaat ini?

Anda akan menerima rebat pada setiap bulan selepas penyerahan gambar no. plat kereta & bacaan odomoter anda diluluskan. Jadi, jangan miss hantar gambar bulanan ok?

Bagaimana jumlah rebat anda akan dikira?

Pengiraan rebat tunai adalah berdasarkan pengiraan harian iaitu peratusan daripada premium / sumbangan asas (selepas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) ditolak), mengikut Jadual Rebat di bawah:

TahapJarak Kilometer Sehari% Rebat Harian% Jumlah Rebat
Dalam Setahun
10 KM – 14 KM0.082 %30%
215 KM – 28 KM0.055%20%
329 KM – 42 KM0.027%10%

Apakah kriteria kelayakan untuk menerima manfaat ini?

  • Pemegang polisi insurans / takaful kereta berumur 25-80 tahun.
  • Kereta berusia dalam lingkungan 0-15 tahun.
  • Jumlah yang diinsuranskan atau jumlah yang dilindungi berjumlah RM12,000 dan ke atas.
  • Kereta adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.

Mengapa anda patut perbaharui insurans / takaful kereta dengan Etiqa?

  • 3 langkah sahaja untuk membuat pembaharuan dalam talian
  • 10% rebat serta-merta ke atas NCD  
  • Perlindungan untuk semua pemandu tanpa caj tambahan
  • Tuntutan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembaharuan
  • Bantuan kecemasan 24-jam di jalan raya dengan servis tundaan percuma sehingga 200 KM

Kini dengan ‘Pandu Kurang, Lebih Jimat’, manfaat insurans / takaful kereta anda bersama Etiqa semakin bertambah!

Banyak sekatan, tak boleh keluar rumah… perlu ke renew insurans / takaful kereta?

Mengikut makluman terkini dari pihak JPJ, anda masih perlu memastikan polisi insurans / takaful kereta anda kekal aktif. Kemalangan masih boleh berlaku walaupun bukan di jalan raya, jadi langkah berjaga-jaga masih perlu diambil.

Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat tambahan ‘Pandu Kurang, Lebih Jimat’, klik pautan di bawah:

INSURANS Pandu Kurang, Lebih Jimat

TAKAFUL Pandu Kurang, Lebih Jimat


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 22 Jun 2021.