JPJ Beri Kelonggaran Untuk Pembaharuan Cukai Jalan dan Lesen Memandu

Sekiranya cukai jalan (road tax) atau lesen memandu anda akan tamat tempoh dari 1hb Jun hingga 31hb Julai ini, usah risau kerana pembaharuan masih boleh dibuat mulai 1hb Ogos hingga 30hb September 2021. 

Pengecualian ini telah diumumkan di laman Facebook rasmi pihak JPJ pada hari pertama ‘total lockdown’ dikuatkuasakan, 1hb Jun 2021.

Perlindungan Insurans / Takaful Kenderaan Masih Perlu Kekal Berkuatkuasa

Walaubagaimanapun, anda perlu memastikan perlindungan takaful / insurans kenderaan anda masih berkuatkuasa dan memberikan salinan sijil takaful / polisi insurans perlindungan kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.

Sebagai pelanggan takaful / insurans kenderaan Etiqa, kami memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan salinan sijil / polisi perlindungan kenderaan menerusi e-mel peribadi anda.

Anda boleh memuat turun atau screenshot halaman polisi / sijil anda yang mengandungi maklumat seperti tertera di bawah. 

cukai jalan
Contoh screenshot untuk polisi / sijil perlindungan kenderaan Etiqa

Pro tip: Simpan salinan ini di dalam album foto phone anda supaya mudah untuk ditunjukkan apabila perlu 🙂

Operasi Kaunter JPJ: Dibuka Untuk Perkhidmatan Perlu Sahaja

Semua urusniaga di kaunter yang dibenarkan adalah hanya untuk kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) dan memerlukan aktiviti rentas sempadan, seperti berikut:

  1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM);
  2. Pendaftaran Baharu;
  3. Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Maklumat Kenderaan Sahaja; dan
  4. Pembaharuan PSV dan GDL.

Semua urusan di kaunter adalah secara temujanji sahaja dan sebarang walk-in TIDAK akan dilayan sama sekali.

Kaunter UTC Ditutup Sepenuhnya

Operasi kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh ‘total lockdown‘.

Perbaharui Insurans / Takaful Kenderaan Anda Secara Mudah & Pantas Bersama Etiqa

Walaupun seluruh negara kini di bawah perintah ‘total lockdown’, perlindungan kenderaan anda masih perlu diutamakan bagi mengelakkan masalah kewangan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Perbaharui atau langgani perlindungan kenderaan anda bersama Etiqa hari ini.

Perlindungan Takaful Kenderaan Etiqa

Perlindungan Insurans Kenderaan Etiqa


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 2 Jun 2021.