Lindungi Ramadan Anda: 5 Cara Elak Pembaziran

Selain menahan lapar dan dahaga, Ramadan anda juga perlu dilindungi dari sifat membazir. Elakkan berlebih-lebihan, sulami ibadah berpuasa anda dengan amalan-amalan mudah untuk mengelakkan pembaziran.

1. Jadikan lebihan lauk berbuka untuk bersahur

Sumber Gambar: dapuronlinequ.blogspot.com

Pembaziran mudah berlaku ketika perut kosong. Rasa nak borong satu bazar. Tidak menjadi masalah kalau perancangannya betul. Belilah lauk-pauk yang tidak mudah basi untuk dijadikan sahur esok pagi. Contoh lauk yang sesuai adalah yang kering dan tidak bersantan.

2. Tetapkan bajet “lauk berbuka” setiap minggu

pasar ramadan

Satu menu utama + air + kuih-muih = RM15 x 7 hari = RM105 seminggu.

Dengan menetapkan bajet, lebih mudah untuk mengawal diri dengan membeli sekadar ‘mampu’. Kalau setiap kali ke bazar Ramadan bawa RM50, seminggu dah RM350. Sebulan = RM1400! Renung-renungkan.

3. Senaraikan menu berbuka seminggu awal

Aneka Koleksi Resepi 30 Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2017
Sumber Gambar: Kisahresipi.com

Jadi lebih kreatif ketika merancang menu supaya anda lebih excited untuk memasak atau mudah fokus ketika membeli lauk yang diidamkan.

Isnin: Lauk nogorii

Selasa: Masakan western

Rabu: Lauk kelantan

Khamis: Masakan chinese

Jumaat: Lauk pilihan Abah

Sabtu: Lauk kegemaran Mak

Ahad: Anything but rice

4. Simpan bahan masakan atau lebihan makanan dengan baik

Lihat Cara Wanita Ini Menyusun Atur Barang Dapur. Kreatif & Sangat Tersusun  - Hias.my
Sumber Gambar: Hias.my

Keluarkan koleksi-koleksi tupperware yang ada di rumah. Susun dan bersihkan peti sejuk anda untuk lebih ruang menyimpan bahan basah supaya tidak mudah rosak. Label untuk pastikan makanan tidak disimpan terlalu lama. 

New mindset: Selagi tak habis barang dalam peti, jangan membeli.

5. Sedekahkan makanan yang masih belum disentuh

Masya Allah, Inilah Pahala Bagi Orang yang Sedekah Makanan | Sinergi  Foundation
Sumber Gambar: sinergifoundation.org

Kadangkala bila dah kenyang, memang tak larat nak makan lauk lain. Ada juga yang nak buka plastik pun tak larat. Seeloknya, segera sedekahkan makanan tersebut kepada yang memerlukan seperti jiran yang kurang berkemampuan, pengawal keselamatan di rumah, kakak-kakak cleaner. Dapat juga bertegur sapa dengan mereka.

Memang ironi, kita berpuasa tetapi makanan menjadi pembaziran paling tinggi di bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, belum terlambat untuk berubah. Langkah-langkah kecil pun boleh menjadikan Ramadan kita lebih indah. Belum cuba, belum tahu.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 9 April 2021.