·

7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Insurans / Takaful Kereta

Sebagai pemilik kereta, pastikan insurans / takaful kereta anda sentiasa aktif. Setahun hanya sekali, jom ketahui 7 perkara sebelum anda memperbaharui perlindungan kenderaan anda.

1. Renew insurans / takaful atau cukai jalan dahulu?

Anda perlu membuat pembaharuan insurans / takaful terlebih dahulu sebelum memperbaharui cukai jalan. Selepas selesai proses pembaharuan insurans / takaful, anda boleh ke https://www.myeg.com.my/ untuk memperbaharui cukai jalan secara online, on the spot. Sticker cukai jalan seterusnya akan dihantar terus ke kediaman anda.

2. Bilakah anda boleh renew insurans / takaful kereta?

Anda boleh renew insurans / takaful kereta seawal 2 bulan sebelum tamat tempoh perlindungan semasa. Ini dapat mengelakkan anda dari terlewat membuat renewal, seterusnya membolehkan anda merancang pelan insurans / takaful yang terbaik untuk kereta anda.

Contoh:

Tarikh tamat polisi / sijil: 1/8/2021

Tarikh renew: 1/6/2021

Tarikh tamat polisi / sijil baharu: 1/8/2022

3. Apakah dokumen yang diperlukan?

Jika menerusi ejen: 

  1. Nota perlindungan insurans / takaful
  2. Polisi insurans / sijil takaful sedia ada
  3. Geran kereta
  4. Gambar kereta dari 4 sisi

Jika anda buat renewal secara dalam talian, anda hanya perlu key-in nombor plat kereta, itu sahaja!

4. Bertukar ke syarikat insurans / pengendali takaful kereta yang baharu

Anda boleh memilih untuk memohon perlindungan kereta dari syarikat insurans / pengendali takaful yang berlainan selepas tempoh polisi/sijil tamat. Bandingkan dan lihat perlindungan yang menepati keperluan anda dengan nilai yang terbaik. Terutamanya dari segi servis bantuan kecemasan yang pantas dan proses tuntutan yang mudah. Ingat, tidak semestinya murah itu bagus.

5. Pilih Nilai Pasaran atau Nilai Yang Dipersetujui?

Kedua-duanya memiliki kelebihannya yang tersendiri. Perlindungan dengan Nilai Pasaran adalah lebih murah, tetapi nilai pampasan anda mungkin tidak cukup untuk menampung jumlah baki loan kereta yang tinggal. Berbanding dengan Nilai Yang Dipersetujui, premium / sumbangan yang perlu dibayar lebih tinggi tetapi ia akan melindungi nilai pampasan anda. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan nilai-nilai ini untuk membuat perbandingan.

6. Jimat dengan No Claim Discount (NCD)

NCD melayakkan anda mendapat diskaun ketika memperbaharui insurans / takaful, dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Jika anda pernah membuat tuntutan, kelayakan tersebut akan terlucut.

Walau bagaimanapun, kelayakan hanya akan terlucut jika tuntutan dibuat ke atas kemalangan yang berpunca daripada anda. Jika anda adalah mangsa dalam kemalangan, kelayakan NCD anda masih sah walaupun tuntutan insurans / takaful dibuat. 

Kadar diskaun NCD adalah tetap berdasarkan Tarif Motor Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM):

Tempoh perlindunganKadar diskaun NCD
Selepas Tahun Pertama25%
Selepas Tahun Kedua30%
Selepas Tahun Ketiga38.3%
Selepas Tahun Keempat45%
Tahun Kelima dan seterusnya55%

7. Semua dah selesai, bila nak kena renew cukai jalan?

Anda perlu memperbaharui cukai jalan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembaharuan insurans / takaful. Tetapi, kami menggalakkan anda melakukannya sebaik sahaja insurans / takaful anda diperbaharui. Ini dapat memastikan tarikh pembaharuan kedua-duanya sama dan memudahkan anda untuk sentiasa keep track!

Jika sudah tiba masanya untuk anda perbaharui perlindungan kereta, Motor Takaful dari Etiqa kini mengadakan promosi Roda Raya Etiqa dengan jumlah ganjaran bernilai lebih RM50,000! Perbaharui takaful kereta anda bersama Etiqa dari sekarang hingga 17 Jun 2021 dan jadi pemenang bertuah kami! Tertakluk terma dan syarat.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 Mei 2021