e-Filing: Cara Tuntut & Maksimumkan Pelepasan Cukai Insurans Anda
Caruman premium insurans atau sumbangan takaful adalah antara jenis pelepasan cukai yang layak anda tuntut.
Lebih banyak yang anda tahu tentang pelepasan cukai, lebih banyak anda jimat. Kami ada petua untuk anda, tetapi terlebih dahulu…
Apakah pelepasan cukai yang ditawarkan bagi insurans atau takaful?
Berdasarkan senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun 2021 yang digariskan oleh LHDN, anda layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful seperti berikut:
Pelepasan Cukai Individu | Sektor | Tuntutan Yang Dibenarkan |
---|---|---|
Insurans / Takaful dan KWSP | Penjawat awam berpencen | Sehingga RM7,000 |
Insurans / Takaful nyawa | Selain penjawat awam | Sehingga RM3,000 |
KWSP / Skim yang diluluskan | Selain penjawat awam | Sehingga RM4,000 |
Insurans / Takaful Perubatan dan Pendidikan (Individu / Pasangan / Anak) | Semua | Sehingga RM3,000 |
Jika ini adalah kali pertama anda membayar cukai, membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful bukanlah sekadar meletakkan jumlah caruman semata-mata.
Lihat tip-tip berikut untuk memastikan tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful anda lebih mantap dan menyeluruh.
Tip 1 – Dapatkan penyata premium atau sumbangan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda
3 sebab anda perlukan penyata ini:
- Sebagai bukti anda telah membuat caruman bagi mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful yang berkenaan.
- Dapat mengetahui nilai tepat yang telah anda carum atau sumbangkan sepanjang tempoh perlindungan.
- Melihat senarai perlindungan yang anda miliki (bersama syarikat insurans atau pengendali takaful tersebut).
Jika anda adalah pelanggan Etiqa, anda akan menerima penyata premium atau sumbangan secara automatik bermula dari 20 Mac 2022 menerusi e-mel atau SMS.
Untuk mendapatkan penyata anda menerusi MyAccount, ikuti langkah di bawah:
Contoh penyata sumbangan pelanggan Etiqa:
Tip 2 – Kenal pasti jenis atau kategori insurans atau takaful anda
Lain jenis perlindungan, lain had tuntutan yang anda layak.
Rujuk ruang bertanda merah di penyata anda seperti di atas semasa mengisi ruang pelepasan cukai insurans atau takaful seperti di bawah:
Screenshot dari borang e-filing LHDN
Sebagai individu yang bermastautin di Malaysia, anda layak membuat tuntutan berasingan bagi jenis-jenis perlindungan berikut:
- Pelan insurans nyawa atau takaful keluarga
- Pelan insurans atau takaful pendidikan dan perubatan
Jadi, pastikan anda isi borang tersebut dengan maklumat yang tepat seperti jenis perlindungan yang anda miliki, dan bukan itu sahaja… kami juga ada tip untuk anda dapatkan lebih lagi 👇
Tip 3 – Gunakan alternatif untuk membuat tuntutan 100% bagi kategori berbeza
Lihat alternatif yang dicadangkan untuk membolehkan anda membuat tuntutan pada kadar yang penuh.
Kategori | Jenis Perlindungan |
---|---|
Premium Insurans Nyawa / Sumbangan Takaful Keluarga | Nyawa/ Keluarga Boleh dituntut 100% Hilang Upaya Kekal Boleh dituntut 100% Nyawa/Pendidikan Boleh dituntut 100% Alternatif: Tuntut di ruang “Insurans perubatan dan pendidikan” jika penama adalah anak anda |
Insurans atau Takaful Perubatan dan Pendidikan | Pendidikan Boleh dituntut 100% Perubatan. Boleh dituntut 100% Penyakit Kritikal. Boleh dituntut 60% Alternatif: Tuntut 100% di ruang “Premium insurans nyawa” jika insurans atau takaful penyakit kritikal adalah di bawah polisi insurans nyawa atau sijil takaful anda. |
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) | Anuiti/Anuiti Tertunda. Boleh dituntut 100% |
Selesai tuntut pelepasan cukai, pastikan anda terus dilindungi dengan pelan yang terbaik.
Tahniah kerana anda memilih untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, dan kami ingin mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.
Sertai kami dengan perlindungan mampu milik yang bersesuaian dengan anda 🙂