· ·

Bakar Kereta Akibat Cinta Ditolak – Mangsa Boleh Tuntut Insurans

Gara-gara berang cintanya bertepuk sebelah tangan, seorang lelaki telah bertindak membakar kereta milik seorang wanita di Serdang, Selangor.

Perbuatan khianat ini telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup dan penjenayah tersebut telah pun berjaya ditangkap.

Dengan rakaman tindak tanduk pesalah laku dan bukti jelas yang dimiliki, adakah mangsa layak membuat tuntutan insurans/takaful?

Gambar diambil dari ciapan Twitter Berita Harian.

Jawapannya ya, jika mangsa memiliki pelan perlindungan kereta yang komprehensif.

Malah, kereta-kereta berhampiran kenderaan mangsa yang terkesan juga boleh menuntut perlindungan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing.

Pelan perlindungan kereta komprehensif – melindungi kenderaan anda jika berlaku kebakaran, kecurian atau kemalangan.

  • Jika kenderaan mangsa dilindungi Insurans atau Takaful Kereta Etiqa

Kejadian seperti kebakaran ini layak dilindungi kerana ia adalah salah satu manfaat utama yang ditawarkan oleh Etiqa, tanpa memerlukan sebarang perlindungan tambahan.

Baca lebih tentang perlindungan Etiqa di sini.

  • Jika kenderaan mangsa dilindungi oleh syarikat insurans atau takaful lain

Mangsa perlu menghubungi pihak insurans atau takaful keretanya bagi menyemak sama ada perlindungan kebakaran diberikan atau tidak.

  • Adakah NCD* mangsa akan terjejas akibat tuntutan ini?

Ya, apabila mangsa membuat tuntutan untuk perlindungan kebakaran ini, NCD keretanya akan ditolak pada tahun pembaharuan polisi atau sijil yang seterusnya.

*NCD: No Claim Discount adalah diskaun yang diberikan jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam sepanjang tempoh perlindungan. Tanpa NCD, bayaran premium atau sumbangan pada tahun berikutnya akan menjadi lebih tinggi.
  • Bolehkah mangsa membuat tuntutan ODKFK**?

Tuntutan ODKFK hanya layak dibuat untuk kemalangan apabila pihak ketiga melanggar kenderaan anda. Kejadian kebakaran atau kecurian tidak dilindungi di bawah tuntutan ODKFK.

Mangsa kebakaran tersebut tidak layak membuat tuntutan ODKFK.

**ODKFK:  Own Damage Knock-For-Knock adalah tuntutan yang dibuat ke atas insurans atau takaful anda sendiri apabila kemalangan yang berlaku bukanlah atas kesalahan anda. Tuntutan ini tidak akan menjejaskan NCD anda sebagai mangsa kemalangan.

Dari Januari 2021 – 18 Julai 2021, sebanyak 58 kejadian kenderaan terbakar telah dilaporkan.

Gambar oleh Harian Metro

Kebakaran boleh disebabkan oleh litar pintas, penggunaan alatan elektronik di dalam kereta dan pelbagai situasi lain yang tidak boleh dipandang remeh.

Dapatkan pelan perlindungan yang komprehensif bagi memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi, termasuklah daripada apa jua kisah cinta yang berlaku dalam hidup anda 🙂


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 10 Disember 2021.