Gemar Berbasikal? Lihat 10 Pantang Larang Ini Sebelum Keluar Ride

Berbasikal adalah hobi yang sihat dan memerlukan disiplin yang tinggi semasa berada di atas jalan raya. Ikuti petua-petua di bawah untuk kayuhan yang lebih cermat:

Jangan lupa…

1. Pasang lampu depan dan belakang pada basikal

Pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu dan penunggang lain di jalan raya. 

Penunggang yang didapati cuai dan berbasikal tanpa lampu boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

2. Pakai pakaian berwarna cerah dan terang

Ini bukan aktiviti yang terbaik untuk anda memakai pakaian cameo.

Pilih pakaian dengan warna yang menyerlah, atau sarung jaket berjalur yang reflektif untuk memastikan anda jelas kelihatan. Anda mahu pengguna jalan raya yang lain nampak anda.

3. Menunggang dalam satu deretan ketika berbasikal secara berkumpulan

Berbasikal secara satu-satu dalam barisan.

Pergerakan secara berkumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara, penunggang-penunggang perlu bergerak dalam keadaan sebaris. Ini dapat mengelakkan kemalangan seperti pelanggaran sesama penunggang atau gangguan kepada pemandu-pemandu di jalan raya.

4. Berhenti di lampu isyarat, beri laluan.

Tidak perlu terkejar-kejar, nampak lampu kuning?…jangan… pecut.

Antara petua yang dikongsi oleh penunggang berpengalaman adalah untuk tidak berhenti di barisan paling hadapan ketika berada di lampu isyarat. Pilih untuk berada di bahagian paling kiri jalan, dan berikan keutamaan kepada kenderaan lain untuk pergi terlebih dahulu.

5. Pakai topi keledar yang mengikut saiz kepala

Sayangi kepala anda.

Besar atau kecil kemalangan yang dihadapi, apa jua jenis kecederaan di bahagian kepala boleh membawa padah. Utamakan saiz, ciri-ciri dan kualiti topi keledar yang baik untuk melindungi kepala anda daripada risiko hentakan akibat terjatuh atau tercampak dari basikal.

Jangan sesekali…

1. Bersembang ketika berbasikal

Sesi beramah mesra boleh dibuat di kedai makan nanti.

Tunggulah sehingga anda sampai ke pitstop seterusnya, barulah lebih seronok nak berbual dan bergurau. Ketika di atas jalan raya, fokus pada kayuhan dan berkomunikasi secara ringkas apabila perlu.

2. Menggunakan telefon ketika berbasikal

Instagram story, TikTok, FB Live…jangan dibuat sekiranya anda tidak memiliki hands free gadget.

Ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain. Simpan telefon bimbit anda atau gunakan pemegang telefon dan kamera seperti GoPro untuk merakam pengalaman anda ketika berbasikal.

3. Berbasikal di kawasan yang terlalu sunyi

Laluan yang tenang, jangan disangka tak ada bahaya.

Anda mungkin menjadi mangsa mudah penjenayah bermotor atau berkereta. Dengan anda yang hanya berbasikal, tidak sukar untuk penjenayah mengekori serta menyerang. Jadi, pilihlah laluan yang biasa digunakan dan selamat untuk memudahkan anda bertindak sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

4. Menunggang di luar laluan basikal yang ditetapkan

Laluan biru khas untuk you.

Laluan basikal ada disediakan di kebanyakan kawasan yang sesak dan laluan utama kenderaan-kenderaan lain. Oleh itu, sebagai pengguna basikal yang bertanggungjawab, sentiasa manfaatkan laluan khas tersebut bagi memastikan anda berada di dalam zon yang selamat.

5. Membuat aksi berbahaya

Berbasikal bukanlah masa terbaik untuk mempamerkan aksi luar biasa.

Amalkan kayuhan yang berhemah agar anda dapat sama-sama menghormati pengguna jalan raya yang lain. Elakkan provokasi atau kayuhan yang boleh membahayakan pengguna lain. 


Jika anda inginkan nasihat paling penting dari kami; jawapannya adalah untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful. Etiqa ada menyediakan perlindungan khas bagi aktiviti bersukan termasuklah berbasikal. Anda boleh klik di sini, hubungi ejen Etiqa berdaftar atau pergi ke mana-mana cawangan berdekatan untuk maklumat lanjut.


Maklumat yang terdapat di dalam blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat mengenai apa jua perkara. Etiqa tidak bertanggung jawab atas kerugian yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat dalam penulisan ini. Maklumat ini sah dan tepat pada tarikh ia diterbitkan, 24 November 2021.